
Berat sebenarnya untuk menyatakan tentang sesuatu yang saya sendiri belum mempercayainya. Sekali-sekala ia kekadang mungkin menjadi lumrah manusia. Jadilah ianya biasa dan natural sahaja.
Itulah mungkin positif yang difikirkan untuk menjadikan hamba sering kali ada pertalian dengan hamba yang lain. Tali yang putus, pasti datang dan menyambung kembali. Hubungan arus yang terhalang, pasti pecah dan terus mengarusi rasa dari segenap dalaman.
Dampingan antara dua sering dikaitkan antara cinta dan daya. Mengenterpretasi daya dan mengempelmentasi cinta pada keadaan membuatkan mereka menghampiri kita dan ingin berdamping. Benar itu satu jawapan. Mungkin ia satu faktor pemberian Tuhan.
Nikmat atau ujian? Antara dua kata. Menjadikan nikmat untuk disyukuri dan menjadi ujian untuk diteladani. Sering diri menggunakan nikmat untuk perkara yang mengkufuri rahmat dan sering juga menghabisi ujian dengan tanpa teladan dan sempadan.
Menjadikan diri itu diri sendiri amat susah dalam keadaan begini. Antara dampingan rahmat dan ujian, antara ‘task’ dan ‘job’, antara saya dan mereka.
Berdamping sesama hamba, ibarat Tuhan juga menghampiri kita?
