ibu pejabat polis tanta, sebelahnya yg kotak tu pejabat imigrisen lama.. dah renovated
Semalam, selepas tamat perlawanan bola sepak antara Man U dan Aston Villa baru lah perbincangan kitab Balaghah tahun 3 bermula. Alhamdulillah, kelas kali kedua malam tu dapat difahami. Malam ketiga ditunda kerana memberi laluan penyokong Man U untuk berhempas pulas pula untuk membalas dendam Aston Villa dengan menyewa padang untuk mereka berentap sesama mereka. Alhamdulillah, tiada pergaduhan dan ketegangan yang berlaku. Itu yang kita mau.
Hari Ahad bagi aku cuti, tapi kelas untuk subjek lain bagi tahun 4 tetap ada, tapi kenapa tak nampak muka Melayu? Biasa lah, subjek Bahasa Inggeris dan Bahas, jarang nak dipedulikan.
Aku nak selesaikan dua urusan, satu ambil cop dan apply visa. Pagi tu lepas main PS1 kat umah member belakang kuliah, aku balik umah. Sampai umah, panaskan nasik dan lauk. Sambil makan, aku layan satu movie arab cerita pasai satu pompuan upahan untuk tangkap bekas suaminya yang buat bisnes mukhaddarat (shabakah el moot ‘jaringan maut’). Jalan cerita kemas jugak, scene mmg nampak dirancang untuk mengelak dari orang tau yang benda tu sebenarnya perancangan.

Pukul 9 lebih baru aku ke kuliah untuk ambil cop burung yang perlu ada pada slip pengesahan pengajian yang diambik hari khamis minggu lepas, semalam sabtu pegi untuk mintak tandatangan keempat. Pemegang cop lari merata, letih jugak menunggu dia datang. Akhirnya aku mempastikan sekali lagi dari pejabatnya di mana lokasi pemegang cop tu. Alhamdulillah, dapat.
Terus ke pejabat imigresen untuk perbaharui visa yang sememangnya malas untuk aku buat. Walaupun tak jauh mana, tapi sangat sakit hati untuk aku naik bas. Terpaksa lah. di pejabat imigresen, ramai pulak Melayu. Aku cuba mintak borang, pakcik tu buat tak layan. Terus aku keluar ke umah kawan untuk solat zohor. Sampai di umahnya ketuk pintu dan tekan loceng, tak buka. Aku cuba call dia, ternyata dia di luar. Aku ke pasar abu ferikhah @ gaban untuk cuba beli apa-apa yang patut. Aku pandang limau sangkis, limau cina, epal, buah pair, pisang, strawberi, jambu. Aku pilih jambu sebab nampak cantik lagi pun harga boleh tahan sekilo 2 genih.
Balik ikut jalan lain, dari pasar naik tramco ke suq gomlah, dari gomlah ambik tramco ke seberbay. ok jugak tak berebut dan aku boleh dapat seat. Sampai rumah terus lentok. Letih. dekat asar baru bangun. Tak padan dengan satu urusan saja boleh selesai.
Satgi dalam kol 8 malam nak ke Kaherah sebab esok Isnin nak ke Giza untuk selesaikan kerja yang tertangguh. Selasa ada kelas subjek Bahasa Arab. Rabu pun sama.

haha~ M.U mlm tu tetap sengsara jugak…ilang awal tol pagi tu…xdan nk jejak…..aku pon sama gak ostad….mama mona suh dtg mnggu depan amik borang….hangin satu jasad..
[Reply]
@slkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye,,..
[Reply]
anasxz Reply:
February 15th, 2010 at 3:46 am
@BudakMisteri, terima kasih lawat.
tapi misteri betoi blog tuan tu.. sy tak berani nk pi..
[Reply]