
Senang atau susah untuk menilai diri kita hari ini dengan diri kita pada hari semalam? Saya fikir tak susah. Sebab apa yang berlaku semua atas tindakan kita. Kita lah sendiri yang menilai.
Untuk berubah dan membuat perubahan itu memang senang apabila diungkapkan, tapi akan menjadi susah apabila ingin dilaksanakan. Saya memberikan perumpamaan begini, membaca al-Quran. Kita sudah plan untuk membaca setiap hari 1 maqra’ atau satu ‘ain. Senangkan? sekali buka al-Quran sudah boleh habiskan satu maqra’. Tapi bagi saya itu suatu yang susah.
Belum lagi pergi bertalaqqi dengan sheikh al-Quran setiap minggu, nak bukak al-Quran untuk membacanya pun susah.
Buat setakat mampu. Apa yang saya mampu lakukan hanya berkawan sahaja dengan orang pergi bertalaqqi al-Quran dengan sheikh, berkongsi apa yang mereka dapat dan dalam masa yang sama nak menaikkan semangat untuk turut bersama mereka.

Abu Dardaa Radiyallahu ‘anh berkata; Jadilah diri sebagai seorang yang berilmu, atau belajar ilmu, atau mendengar perkara ilmu, atau suka kepada ilmu dan jangan kamu jadi orang kelima nescaya kamu akan binasa, maksudnya jangan bencikan orang berilmu. Dan orang yang jahil adalah musuh bagi orang yang berilmu.
Jelajah Masjid
Sebelum Ramadhan bermula, berhasrat juga ingin jelajah ke seluruh masjid besar sekitar Kaherah. Siri jelajah ni setiap hari Jumaat. Semalam tak sempat nak ke masjid jauh, jadi ke masjid berdekatan saja lah. Harapnya lepas ni, ada pula siri jelajah sambil tarawih.
Semoga hari ini lebih dari semalam.
AlhamduLillah, baguih la, tue masjid tang mana?tempat ambik wuduk dia sama macam masjid Sultan Hassan.
[Reply]
anasxz Reply:
December 13th, 2009 at 7:47 pm
@pakndak, tu masjid amru..
[Reply]
bestnyeee kat negara mesir ni…bilala dpt pergi ke sana….hmmmmmmmmmmm
[Reply]
anasxz Reply:
December 13th, 2009 at 7:48 pm
@zara, senang saja skang ni, 4 kali seminggu egypt air.. tambang pi balik baru 2ribu ringgit.. hurm… tempah awal time promosi air asia ke dubai mmg dapat murah. pastu cari tiket dubai ke cairo pulak.. lagi murah.
[Reply]