Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Identiti Blog

jalan tepi sungai nil LUXOR

Persoalan ni saya dah tulis sebelum ni. Tapi masih saya nak menulis lagi. Idea ni dari Ikoko. Dia pun dah menulis.

Saya susah nak mengidentitikan blog saya ni. Pelik la jugak. Saya yang buat, saya sendiri tak tahu nak identitikan blog saya sendiri. Kalau begitu sia-sialah kerjanya. Tak tahu tujuan, tak ada objektif, tak mahu ada sasaran, atau apa sebenarnya.

Kekadang juga diri sendiri tidak dapat menilai apa yang ada dalam diri sendiri. Ia dapat dinilai oleh orang lain yang melihat zahir diri kita bagaimana. Ada yang menyebut “Nak tahu perangai seseorang, tanya lah pada kawan-kawannya”. Entah lah betul atau tidak perkara begitu. Namun, ada juga kebenaran walaupun dan sepenuhnya.

Jika saya membaca blog orang lain, saya tahu untuk mengidentitikan blognya. Maksudnya secara umumnya identitinya begini dan begini. Kalau tidak tepat pun, saya memerhatikan dari zahirnya. Kemungkinan ada juga kebetulan.

Jadi, secara amnya, identiti blog saya ini lebih banyak bersifat personal. Maksudnya banyak diceritakan berkenaan diri sendiri, emosi, perasaan, luahan, dan pelbagai lagi lah persoalan diri. Namun, diselangi juga berkenaan kawan-kawan, sosial dan keadaan sekeliling.

Apa kelainan dan nilai tambah yang ada pada blog ini? Terlalu subjektif untuk menulis dan memikirkan. Senang cerita, blog ini ditulis oleh diri sendiri dan sepenuhnya gaya sendiri dan bukan lakonan dan retorik. Cuma ada juga la sedikit cakap-cakap yang tak serupa bikin. Ahaks.

Nilai tambahnya? jika dapat mengenali penulis ini, ada khidmat percuma  yang ditawarkan berkaitan blog dan komputer. Bukan nak promosi. Tapi, biasa lah. Guna kabel kawan-kawan ni, jadi laju la sikit line tu.

Erm. Apa identiti blog hampa, Pakndak, Amin, Mizi?

19 Komen

  1. pakndak :

    entahla, identiti nie susah nak lampirkan dalam blog. contoh macam aku suka merapu, takkn nak merapu dlm blog sbb dah banyak org dok merapu. jadi mcm nie, ikut saja naluri, klu rs nak tulis, tulis ja, biaq campoq aduk pun. klu street ja lama2 orang boring. klu dah semua orang tahu mengenai kita, dah takdak apa yang tggl, keistimewaan tue dah hilang. simpan sedikit, jgn biaq org tau semua, nanti dah takdak kemanisan.

  2. Ameen :

    Ntah la..
    Payah nak habaq..
    Agaknya lebih cenderung kepada “personal”?
    Nanti aku cuba meng’identify’kan blog aku..!

  3. Akhi Farid Rashidi :

    Identitinya ada pada header blog :-)

  4. yusma :

    erm..persoalan nie mmg dah sy pk dr awai nk wt blog..apa yg sy ble ltk & apa yg xsesuai tok ltk..tp kdg2 tlupa gak..maka tpublishla entry2 yg kdg2 sy rasa xbrapa sesuai tok tatapan org laen..huhu.

    Erm..sy rasa cam ad kbenaran jugak kata2 akhi farid tue..sbb blog kwn2 sy yg berbentuk personal, header lbh santai..klu ke arah keagamaan laen corak headernya..begitu gak klu blog ttg entry masak-memasak..
    sekadar berkongsi..

  5. ikoko :

    kadang-kadang.. blog tu sendiri memang takde jantinanya.. lagikan nak tau perihalnya..
    :)
    ahaha.. apa aku cakap ni meleret2..

    kadang2 kan anasxz, apa yang ina tulis kat blog, ntah-apa-apa-je. Just nak tulis apa yang terasa nak diluahkan.

    tapi lebih suka promote sesuatu, kalau rasa mende tu best.

    em.. kalau ikut pada ke-popular-an .. mestila visitor akan lihat, betapa sedapnya blog itu untuk dibaca. gaya bahasanya. kadang-kadang, orang lebih suka baca blog yang gaya bahasanya bersahaja, dan senang untuk org faham. Gambar juga.

    ah. saya tetap akan teruskan blog, walau ia hanya blog-suka-suki.. walau ia hanya blog untuk kepuasan diri.. walau ia hanya blog yang mungkin tidak dijadikan panduan oleh sesiapa.

    em.. tapi. saya selalu bercita-cita, agar suatu hari nanti, saya bleh buat tulisan yang ada ilmiah, dan disampaikan dalam keadaan yang bersahaja. contoh: http://kujie2.com :)
    p/s: sebenarnya.. saya tengah confuse.. ni saya tengah tulis komen ke, tulis entry ni? ahahaha.. apa pun. wish me luck. 23april,24april, dan 30april ni saya exam.

  6. KNizam :

    ala belasah adjer. hehe lama2 ada la identiti tuh. hehe :)

  7. en_me :

    mcm knizam bilang - belasah jewwww.. ehehe

  8. en_me :

    chopp.. tambahan, jgn sampai copy paste orang len punye blog sudahlarrr erk.. tak baik tauuu

  9. tanto tanto :

    @pakndak, masing-masing punya pilihan. Taktau la, macam-macam orang punya tafsiran. Orang yang suka merapu tengok blog serius memang membosankan la. Orang yang serius, tengok blog yang merapu tu tak tau la jadi camna, leh jadi hiburan gak kot.

    aku rasa, tak dak orang tau semua pasai kita sendiri melalui blog. itu aku rasa la. kalau tau pun tak sepenuhnya. kadang apa yang dia expect tu secara umum. tapi tak kisah sangat kot.

    la memang dunia nak buat bagi tak rahsia.

  10. tanto tanto :

    @Ameen,

    Hehehe.. memang pun.. terlalu subjektif, macam subjek cinta jugak.

    Kalau my kad ada nombor ID @ Identity Card. Tapi kalau blog takdak no ID, yang ada nama DOMAIN.

    Mungkin Domain tu yang mengidentifykan blog kita.

  11. tanto tanto :

    @yusma,

    benar gak apa yang dikatakan. macam saya gak, kita cuba pilih entry yang kita nak publish, kekadang 2 3 kali menulis tak sesuai dengan identiti kita, kita tak leh nak publish.

    Header ada gak kebenarannya untuk identitikan blog.

    Erm.. bagi saya, Header simple, orng simle gak kot.

  12. tanto tanto :

    @KNizam, hehe. saya belasah la selalunya. jarang-jarang nak pk apa yang dipost. tp kekadang pk gak sebab nak relatekan dengan identiti diri kita.

    think wat to do

  13. tanto tanto :

    @en_me, belasah pun tetap kena belasah, tapi lepas pk..

    sbb ada akta kan. tu kena pk gak sebelum buat.

  14. tanto tanto :

    @en_me, no copy, no paste, ya right2. nak copy paste ni kena letak credit. bukan ngaku hak cipta.

    hek hek…

  15. tanto tanto :

    @Akhi Farid Rashidi, kekadang tak ada header. Hanya teks.

    tak boleh gak nak identitikan sepenuhnya pada header.

    Sebab nak kenal dia ni pandai cakap ka tidak, nak tau dia ni pandai menulis ka tidak, leh tau melalui entrinya.

  16. yusma :

    @tanto tanto,

    gulp..tu yg plg menakotkan..manusia ble menilai kita walaupon tidak mengenali siapa diri kita..teringat pd seorg pensyarah yg mengajar computer ethic sy dolu..slalu mengingatkan ttg “how people can manipulate info from our blog to go against us if they wish to do so..” :(

  17. amu mejie :

    bila jiwa berkarya..xkira la apa pon yg kuar..asl dari jiwa untuk jiwa2 yg baca..asl x sakit jiwa kita ja..hehe~

  18. saya ker :

    salam…

    just found this blog
    senangjer…
    serahkan je kepada pembaca on how to classify ur post.. :)..cumanya still kena monitor jugelah supaya tidak menjadi seperti lalang juge, lagipun aim pun utk share dengan readers kan…sebab tu kita takleh dok sensorang dalam hutan..kena kenal ramai org so dat, they will help us to know “siapa diri sayer” atau pun hidden things that we never discover b4..senang citer..mcm dlm teori johari window tuh …

  19. Fauzi Nor :

    Indentiti blog ,

    Secara jujurnya juga saya masih tercari cari identiti blog saya.

    ;p

Komen/Respon anda?