Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Imtihan Dah Setengah

Hanya Berbaki 2 minggu untuk peperiksaan fasa kedua berakhir. Ujian yang dilalui pada hari lepas, aku hanya berserah. Tak menjadi nampaknya stadi aku kali ni. Tension jugak aku dibuatnya dengan perangai aku di masa peksa ni.

Cuma, mau tak mau, perjuangan mesti diteruskan. Tak boleh nak mengalah. Apa pun, aku kena hadapi, susah ka senang, mau ka tidak mau, aku kena buat. Bukan terpaksa, tapi itulah jalan yang aku ada. Tiada alternatif untuk aku.

Time imtihan ni pun ada keja lagi kena buat. Maksud aku keja part time. Boleh la sikit habuan. Cuma bukan itu yang aku mahu Tuhan perkenankan untuk dapat side income, tapi apa yang diharapkan adalah Ogos ni. Side income tak memberi apa-apa makna untuk aku membayarnya pada Ogos ini. Sebanyak mana pun yang diterima, tak memberi bekas langsung.

Kini berbaki 3 lagi kertas. Aku berdiri mesti berdiri sebagaimana aku berdiri. Aku mesti berdaya selagi mana aku terdaya. Aku mesti berjaga selagi mana mata aku terbuka.

*Aku mau blog, tak mau membiarkan labah-labah hinggap kat blog aku. *

2 Komen

  1. taqeyyabella :

    Semoga Allah SWT tentukan yang terbaik untuk kita. Aku pun ada 4 subjek lagi ni (dua minggu lagi).

    Semalam aku kena belasah teruk dengan soalan soraf. Harap dokter ada belas kasihan la, lulus jadi la.

    Apa yang penting usaha kita. Keputusan kita serah pada Allah ja..

    Bittaufiq wannajah fiddunya wal akhirah..

  2. anasxz :

    Amin.

    Baru ni madah bahas baru ni pun jadi susah semacam nak jawab. padahal sebelum2 bahas la paling mudah.

    Insya Allah..

    Waffaqallahu la jami’an

Komen/Respon anda?