“Kita memang niat nak buat baik, nak tunjukkan diri kita ni kelakuan baik, nak jugak orang pandang kita baik, tapi, itu lah manusia lemah, tetap jugak ada keburukan yang kita secara sedar melakukannya, tetap jugak Allah nak tunjuk bahawa kita ada yang tak baik.” pesan mak saya.
Saya terkenang kembali. Itukah saya sewaktu membuat pembentangan di hadapan umum semalam. Sememang saya sendiri dapat merasai bahawa saya tidak dapat mengawal keadaan untuk bersifat ’straight, direct dan paku’. Maksudnya secara tiba-tiba saya memberi ‘paku’ kepada audien.
Lemahnya saya untuk mengawal diri. Masih berada di peringkat ‘newbie’ walaupun nampak gaya dah macam ‘expert’.
Berlaku secara tiba-tiba dan saya agak ‘excited’ untuk menunjukkan ‘kehebatan’. Kononnya. Sekali lagi, ternampak kelemahan. Malu (”,)
Susah juga mengawal perasaan, emosi, gaya, bahasa, pertuturan, bahasa badan dan sebagainya ketika bertutur di hadapan umum. Tetapi, adakah orang yang pandai mengawal perkara-perkara itu terjadi dengan sendiri atau terus huruf M, N, O, P, Q dan S. Semuanya bermula dengan huruf A, kemudian B, C dan seterusnya sampailah Z.
Kekadang saya akui sesuatu perkara yang terkeluar dari diri saya itu adalah diri saya, namun adakalanya bukan itu yang patut saya akui itu dari diri saya.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
July 26th, 2009 at 10:07 pm@pakndak, betoi2…
terlajak perahu boleh undo balik.. tapi terlajak lidah mmg terasa selamanya…
July 29th, 2009 at 12:46 pmBiasalah tu. Macam kita ni, sebelum mampu berlari merangkak dulu. Semua ada proses yang perlu dilalui. Tapi nak taknak kita kena akui bahawa mereka yang menerjunkan diri lalu bertarung mempertahankan maruah diri jauh lebih baik dibanding mereka yang hanya mengurung diri kononnya demi menjaga maruah diri. Bukan cela bagi mereka yang salah tapi cela pada mereka yang mengalah..
July 29th, 2009 at 4:02 pm