
Kalau nak cerita cabaran nak hidup di mesir ni 3 hari 3 malam pun tak habih. Tu kalau nak cerita la. Kalau nak mengarang lagi lah, 13 batang pen tak cukup. Tapi apa yang aku baru dapat masa program bina insan pada hari khamis dan jumaat baru ni sangat berguna iaitu jadikan cabaran sebagai satu peluang.
Sering kali aku mendengar tentang cabaran belajar di sini antaranya jauh nak ke kuliah (khusus bagi yang berkuliah di Al-Azhar saidina hussin), kena berebut naik bas (ni pun khusus yang duduk di Kaherah), kena bertengkar dengan arab (ni semua merasa), tuan rumah perambat keluaq umah (ni tak semua kena, tapi semua pakat paham benda ni), pokai ataupun keghin (ada jugak yg merasa), sejuk sampai tak tahan pastu kena dok lam lihap saja (ni semua merasa) dan sebagainya.
Kalau kita tengok cabaran-cabaran tu semuanya macam mudah nak lalui, tapi walaupun kecik tapi itu lah sebenarnya telah menjadi satu tabiat aku (tak mau kata kami).
Tapi aku punya cabaran lain lah sikit sebab aku tak berkuliah di Kaherah, aku di Tanta. Cabaran aku terakhir ni kena kerja, walaupun aku tak suka dan mak aku tak setuju sangat, tapi aku kerja jugak (tah la berkat ka dak). Tapi memang jadi cabaran jugak, nak kena masuk ofis awai, berhimpit-himpit dengan arab setiap hari dalam metro, dok lalu dengan arab cairo universiti yang macam semua, dok merendek, pastu time kelas nak kena balik Tanta dekat 2 jam gak nak sampai, kekadang tengah malam, dan sebagainya lah.
Pastu pulak dengan kerja-kerja sampingan yang aku dok suka buat, dok tengok PC orang, semuanya makan masa aku yang aku rasa tak patut jugak aku buat benda tu sebab tugas aku kat sini mengaji. Ada banyak benda lagi yang boleh bawak manfaat.
Antaranya time kelas kena pi kelas, time cuti kena pi cari ngaji kat mana-mana tok guru, pastu masuk kelas-kelas bahasa, stadi dan baca buku luar dan sebagainya. Tapi hat tu lah aku dok tuang selalu. Ish, pikiaq-pikiaq balik habih masa banyak dok wat keja sia-sia ja.
Tapi tu lah, kita memang mau yang terbaik untuk diri kita, tapi kekadang dia mai minat kot lain. Nak bagi minat kot belah lain lambat la sikit. Orang kata macam hat baru pindah dok umah ataih la, mesti punya dia susah nak lena, sebab dok rasa gayat, tapi mai lama-lama, baru boleh lena..
Apa-apa pun aku pun macam orang lain gak, masing-masing ada cabaran masing-masing, kena hadapi jugak dan teruskan hidup. Cuma proses perubahan tu perlu berterusan, tak leh putuih asa.
Memang mudah nak sebut, jadikan cabaran satu peluang, tapi nak buat tu belum tentu lagi berjaya. Cabaran tu sentiasa dok ada, mai musim sejuk lain pulak cabaran dia, mai musim panas lain pulak caranya, mai time cuti lain pulak, mai time kelas lain pulak, mai time kerja lain pulak jadinya.
Apa2 pun, ish 2 kali apa2 pun dah ni. Jadilah insan cemerlang dan terbilang mcm faiz kata dlm raja lawak. Jadikan cabaran satu peluang untuk kita menilai sejauh mana kekuatan dalaman kita, kita mampu dak harungi semua cabaran2 tu?
