Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Jaga 7

Sekadar peringatan untuk diri ku yang lupa dan untuk kawan-kawan……

Sebaiknya, kita sebagai Muslim perlu ada amalan berterusan sebagai pendinding diri kita sama ada dari perbuatan-perbuatan kurang baik atau penjaga diri dari melakukan perbuatan tak baik. Atau atau lagi la (memacam lagi), moga Allah kasihankan kita sebab selalu ingat kat dia. Moga ia menjadi sedikit dari aktiviti kita seharian.

Dengan 24 jam yang diperuntukan setiap hari, set 21 minit (Dua Puloh Satu Minit sahaja) (7 x 3) untuk melakukan semua ini. Insya Allah.

Selalunya ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya, ketika berada dalam bas untuk ke satu destinasi, ketika memandu menghala ke Iskandariah, kita termenung dan berfikir sendirian kan? Tambahkan satu lagi dalam fikirkan kita untuk lakukan sedikit dari perkara-perkara di bawah ni.

Sekali buat pasti terasa malas, kedua buat rasa bosan, ketiga buat rasa okey jugak, kali keempat buat rasa hmm… boley buat lagi.. Amacam? ada beran?

(Beran apa?)

  1. Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
  3. Jangan tinggalkan solat berjemaah di Masjid terutama di waktu Subuh.
  4. Solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada Solat Dhuha.
  5. Amalkan sedekah setiap hari.
  6. Selalulah dalam keadaan berwudhu’, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
  7. Amalkan Istighfar setiap minit.

(”Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua”.)

Apa kata, kita mulakan.

Bila nak mula? Sekarang. Astaghfirullahal ‘azim.

Alhamdulillah. Dah kita amalkan satu perkara ;)

Selamat beramal.

P/S: Sebuah perkongsian dari kawan.

4 Komen

  1. zahid naser :

    hehe, alhamdulillah,ustaz anas!! nanti kita sama brtjamaah subuh di masjid syarbin!!!!

  2. pakndak :

    alhamduLILLAH, pasni kalau tak tdoq mlm elokla kita berjemaah subuh kat bwah tue no.hehe. hang takmau balik mai lagi ka?kuliah dah bukak nie. jom cepat, tunaikan kewajipan kita lak sebagai hamba ALLAH untuk menuntut ilmu. dah nak balik tahun nie. insyaALLAH

  3. ikoko :

    terima kasih anasxz sebab mengingatkan perkara ni.. :)

  4. nazra :

    Renung2, mari kita sesama beramal :)

Komen/Respon anda?