Saturday, 31st July 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa

Kawan yang bermakna

Aku gembira dan rasa sangat bersyukur kepada Allah taala sebab memberikan kawan-kawan yang berkawan tanpa makna dan aku rasa mereka sangat bermakna bagi aku.

Baru-baru ini aku bertemu dengan kawan yang hampir 7 tahun tidak berjumpa. Walaupun begitu, dia tetap melayani aku macam selalu. Tiada langsung perbezaan.

Sebagai manusia, kita tidak dapat elak untuk berkawan. Dalam pada itu, semestinya ada makna atau tujuan tertentu untuk kita berkawan dengan seseorang. Mungkin kerana bisnes dan sebagainya.

Apa pun, kita cuba lah untuk tetapkan hati, ikhlaskan niat berkawan kerana Allah taala, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Insya Allah, makna dan tujuan baik kita berkawan itu akan datang dengan sendirinya.

Hargailah kawan yang memberi makna kepada kita.

Komen/Respon anda?