
Kemisterian dan keajaiban yang berlaku pada tragedi kapal terbang Air France 447, bagi aku kuasa manusia sangat terbatas.
Walaupun apa yang aku ikuti perkembangan demi perkembangan dari berita dan sidang media yang dikeluarkan, jelas kapal terbang tersebut dalam keadaan stabil dan tidak ada sebarang kerosakan.
Malahan, juruterbang yang sudah membuat 11 ribu jam penerbangan itu semesti sudah mengetahui selok belok ujian dan tribulasi sewaktu berada di udara.
Apa yang dilaporkan juga, pesawat Airbus 330 itu dilengkapi teknologi canggih, dua enjin, kuasa elektrik yang boleh menghadapi storm dan panahan kilat dan sebagainya.
Namun, keterbatasan yang manusia lakukan itu hanya usaha yang semampu itu yang dilakukan oleh jurutera dan penyelidik pembina pesawat itu.
Semestinya mereka sudah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hukum Alam sehinggalah terjadinya Airbus 330 itu. Tetapi, satu hukum lagi mereka mungkin belum memenuhinya iaitu hukum Tuhan.
Walaupun begitu, bukan itu prasyarat untuk kita sebagai penganut dan pengamal agama Islam menyatakan sebagai selamat dan aman sentiasa dari bala dan ujian. Namun, itulah selayaknya untuk kita beri perhatian dan penghargaan bahawa segalanya di tangan Yang Maha yang menghendaki segalanya.
Hanya pasrah pada Tuhan.

Allah Maha Berkuasa
June 6th, 2009 at 4:31 amBanyak yang tak tercapai dek akal