Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Kerja yang kantoi

Aku punya perangai memang suka ikut kata sendiri dari kata-kata orang lain. Prinsip aku memang begitu, dalam apa-apa tugasan yang diberikan, aku akan jalankan mengikut kehendak dan keinginan aku. Alhamdulillah lah jika yang orang yang menghendaki tugasan itu mahu tugasan itu siap atas keinginan dan kehendaknya dan sama kehendaknya juga dengan aku.

Jika sebaliknya maksudnya keinginan pemberi tugasan tak sama dengan keinginan aku, maka akan berlaku sedikit conflict dengan diri aku. Oleh yang demikian, tugasan tertangguh atau saja-saja menangguh, atau buat-buat tangguh, atau pemberontakan diri, tunjuk tidak puas hati.

Namun, kerja yang aku kantoi semalam berlaku juga conflict atau sedikit tindakan tidak puas hati dari diri aku, sebabnya tugasan yang diberikan agak tergesa-gesa dan aku pulak saja-saja melewatkan dan buat mudah tugasan tu. Jadi, permintaan untuk disiapkan jam 2 petang semalam, tertangguh sebab tidur tak hingat dunia.

Tugasannya menyiapkan kad jemputan majlis berbuka puasa pada 13/9. SMS diterima jam 4 petang pada 12/9. Aku tak dapat buat sebab di luar. Aku janji buat pada malam 12/9. Tapi, aku balik lewat. 13/9 pagi aku lepak, jam 11.30 pagi pemberi tugasan call, aku ngantuk sangat, aku jawab belum buat, aku janji siap dan akan diberikan sebelum majlis buka puasa.

Aku sedar dah pukul 4.30 petang sebab pemberi tugasan call. Aku tak angkat. Aku SMS “baru bangun tido”. Dia call, aku tak angkat sbb aku keluar. Dia SMS “Kad ada ka tidak?”. Aku tak reply. Aku call, beritahu keadaan yang terjadi, dia mohon kad siap dan dapat beri lepas berbuka. Aku cadangkan jemput dulu tetamu-tetamu itu. Kad cancel pun tak apa.. Huh!.

Aku masih melewat-lewatkan lagi tugasan itu. Sebelum berbuka, aku siapkan, dekat Isyak baru siap. Mujur printer yang dah buruk tu ada dakwat.

Aku bertolak ke Majlis berbuka puasa, tiba di situ, hadirin dah solat witir (wat 8 saja), selesai solat, aku bertemu pemberi tugasan. Kad aku tak serahkan. Aku anggap dah tak guna. Aku serahkan tugasan lain yang dia suruh buat.

Ada lagi tugasan yang dia pentingkan aku tak siapkan dan memang aku saja tak siap sbb perlu study dan buat research. Jadi tugasan tu jadi lambat sikit.

Aku harap aku dapat jalankan tugasan dengan baik lepas ni. Tak mau kantoi lagi. Malu aku. Tak sepatut aku buat macam tu. Jangan hanya janji, tapi tipu. Adios. :)

2 Komen

  1. Chaq :

    Salam….
    wah..x mau ambik jd pekerja la klu gini…lawan tauke nampak…hehe…^_^

  2. admin :

    huhu..
    bukan lawan taukey…
    nak jadi taukey…

Komen/Respon anda?