Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Ketidakpercayaan

Susah untuk menjadikan hati kita sentiasa percaya dan mempercayai orang lain. Lagi susah antara pasangan berkahwin, suami dan isteri.

Sebenarnya kepercayaan itu aspek penting dalam perniagaan. Jika tiada kepercayaan, kedua-dua pihak akan saling tipu-menipu.

Bagaimana kurang kepercayaan itu berlaku dalam rumah antara dua pihak itu? Semestinya tidak bahagia. Menjalinkan hubungan kerana agenda tertentu, lakonan yang penuh dramatik. Memang menyakitkan jiwa dan perasaan.

Takut saya mendengar telefon dari pendengar Sinar FM tentang keluhan yang dilontarkan kepada DJ alias pendengar luar yang lain.

“Isteri saya tu pakai cantik di pagi hari, sedangkan di pagi hari lain tak pun macam tu”. Seorang lelaki menceritakan perangai pelik isterinya.

“Saya balik dari kerja, saya tengok isteri saya tak ada kat rumah, saya check SMS dia, mengiurkan jugak ayat-ayat SMS tu”. Seorang lagi lelaki menelefon DJ memberitahu hal isterinya.

Huh. Memang menyayatkan. Bagaimana jika terjadi pada isteri kita? Susah juga untuk menyelesaikan masalah itu. Kita tak mahu terjadi, tapi kalau terjadi macam mana hendak buat?

Saya rasa, ada satu select yang dia dah buat, ada satu perkara yang dia tak percaya, itu sebab segala apa pun dia tak boleh nak percaya sebab perkara utama kepercayaan itu dia tak boleh selesaikan.

Maka timbulkan ketidakpercayaan. Jadi, apakah kepercayaan yang paling mesti kita percayakan?

Fikir-fikirkan. Tepuk lutut, tanya kepala.

2 Komen

  1. taqeyyabella :

    Satu je tipsnye.. Jangan mula bende baik dengan cara yang tidak baik.

    Contoh orang yang pernah berzina sebelum kawin. Lepas dah kawin sang suami akan berkata, “Betul ke isteri aku tak selingkuh? Dulu sebelum kawin je dia berani main ngan aku!” dan si isteri pon akan ada pikiran yang sama.

    Dua-dua saling curiga kerana dua-dua dulunya pernah sama-sama tidak taat pada disiplin Allah. Akan mungkinkah hadirnya kepercayaan jika berawal dari yang demikian?

  2. anasxz :

    betoi2…

    Masing-masing tak mau amanahkan diri, kalau amanahkan diri buat kerja yang betul, ikut apa yang Allah taala suruh, takdak timbul soal kepercayaan.

    Kalau dah amanah tu automatik sendiri akan timbul kepercayaan.

Komen/Respon anda?