Saya melihat, kewangan merupakan satu aspek penting untuk mengaktifkan sesebuah portfolio dalam persatuan. Namun sesetengah pendapat menafikan kewangan sebagai aspek utama untuk memajukan sebuah organisasi. Bagi saya, badan seperti JKP yang saya wakili sangat memerlukan kewangan untuk bergerak.
Biar pun tiada kewangan tetap, tetapi pihak yang memberi dana perlu peka dengan keaktifan sesuatu organisasi. Bukan sahaja menyalurkannya semasa diminta, malah meminta dari organisasi itu untuk memohon dana dari mereka.
Sikap sesetengah AJKP memandang kewangan itu susah untuk didapatkan dek birokrasi, pengurusan untuk menjalankan program, krisis AJK dan sebagainya membuatkan AJKP malas dan fedup untuk membuat sesuatu program. Lantas membiarkan sahaja tugasan dan portfolionya untuk memasyarakatkan mahasiswa tanpa apa aktiviti sekalipun mesyuarat.
Saya memegang portfolio ICT, Penerbitan dan Dokumentasi. Walaupun portfolio penerbitan dan dokumentasi tidak dapat dilaksanakan, saya ingin memberi kredit kepada portfolio ICT hasil pendapatan dan kewangan yang memberansangkan sejak 2 tahun setengah yang lalu dengan pembukaan bilik komputer sebagai pusat akses internet.
Hasil dari pendapatan tersebut, pelbagai aktiviti dapat dijalankan yang walaupun tidak terlibat dengan penghuni namun memberi sedikit kesan kepada petugas bilik komputer yang bertungkus lumus setiap hari menyumbangkan tenaga dan masa menyelianya.
Setiap bulan sewa talian internet dapat dibayar, elaun petugas dapat dilangsaikan, penyelenggaraan bilik komputer dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya menambah bilangan komputer di bilik tersebut selain dapat membeli printer dan network hub yang baru.
Hal ini menunjukkan kewangan satunya faktor penting untuk mengaktifkan portfolio. Namun bukan bermaksud bertugas kerana peruntukan, tetapi ia faktor terpenting selain faktor kreatif dan inisiatif seseorang yang mewakili sesuatu portfolio.
Tags: Pendapat
