| Subcribe via RSS

Lepasan STAM: Mereka Cerdik

October 13th, 2008 Posted in Sosial

Kebanyakan pelajar-pelajar yang datang belajar ke Mesir adalah antara mereka yang terpilih. Pelajar lepasan STAM semestinya akan ditempatkan di Universiti Al-Azhar jika ingin menyambung pengajian di Mesir, mereka tiada pilihan untuk ke universiti lain di sini. Sebahagian dari mereka yang terpilih akan ditaja sama ada oleh kerajaan negeri masing-masing, agensi kerajaan atau badan kewangan, dengan harapan pelajar-pelajar ini lebih dan akan menumpu sepenuhnya pengajian tanpa memikirkan kewangan.

Penggal pertama merupakan percubaan mereka menempuh pengajian di universiti tersebut. Seterusnya penggal kedua. Tangguh pengajian, mula peperiksaan, tiba keputusannya agak mengecewakan. Tidak dinafikan mereka telah bersungguh-sungguh belajar. Dengan semangat keputusan cemerlang pada STAM yang dilalui di Malaysia, memungkinkan semangat itu akan dapat merealisasikan keputusan cemerlang juga pada peperiksaan di Mesir. Kegagalan ini tidak sepenuhnya atau saya generalise kepada semua, tapi sebahagian walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Persoalannya di sini, adakah mereka lepasan STAM itu tidak cerdik? adakah pengurusan pembelajaran seumpama STAM yang telah mereka lalui tidak dapat dipraktikkan pada sesi pembelajaran di Universiti Al-Azhar? atau sistem pengajian Al-Azhar tidak membantu mereka berjaya dengan keputusan cemerlang berbanding lepasan SPM yang belajar di Universiti bukan Al-Azhar seperti Ain Shams, Cairo, Alexandria, Tanta, Mansoura dan Zaqazig yang kebanyakan pelajar Malaysia mendapat pangkat Jayyid Jiddan dan Mumtaz?

Seolah-olah ia ada jawapan tentang persoalan yang ditanyakan di sini dengan kenyataan Duta Besar Malaysia Ke Mesir dalam Berita Harian Online pada 8 Oktober lepas.

Beliau berkata, syarat itu diperlukan Universiti Al-Azhar kerana kelemahan pelajar luar negara menguasai bahasa Arab Tinggi berikutan bahasa itu menjadi pengantar utama universiti negara itu.

Selain itu, kajian juga mendapati penghantaran pelajar kurang berkualiti, khususnya pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang menjadi pelajar kelas ketiga berbanding penghantaran pelajar ke Universiti Oxford dan London.

Kesimpulan kenyataan tersebut diertikan pada 2 sebab utama, satu kelemahan menguasai bahasa Arab, keduanya pelajar kurang berkualiti berbanding pelajar ke Oxford.

Bagi saya, mereka sebenarnya sudah mempunyai semangat dan pengetahuan berkenaan bagaimana untuk memperolehi kejayaan. Kemungkinan ia berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tidak dapat kita singkapkan antaranya peranan senior yang kurang memberi suntikan dan semangat, selain mereka yang masih meraba-raba mencari suasana selesa belajar di kampus yang 1001 macam karenah.

Penyesuaian diri dengan suasana itu kekadang dipandang enteng oleh sebahagian dari kita. Sememangnya itulah sebenarnya yang menentukan keberadaan kita di Mesir ini adakah selesa atau tidak, seronok atau tidak syok. Paling penting, kita perlu memegang konsep kehidupan di Mesir suatu yang susah dan selalunya mehnah, lantas sabar dan redha, plan dan cuba untuk mengurangkan kesusahan itu dengan pembelajaran dan pengalaman sama dari diri sendiri atau bertanya pada yang lebih tahu. Ia perlu dipelajari dan diketahui untuk meneruskan keberadaan di Mesir selama 4 tahun itu.

Konklusinya, mereka lepasan STAM sudah melalui keputusan berjaya dan cemerlang. Semestinya boleh untuk meneruskan keputusan itu dengan lebih cemerlang. Cuma, perlu mengubah suasana dan pengurusan pembelajaran sesuai dengan keadaan di sini. Selalukan diri bermotivasi dan sentiasa bersemangat untuk mendapat kejayaan. Insya Allah.

5 Responses to “Lepasan STAM: Mereka Cerdik”

  1. Pak Ndak Says:

    Bila site aku nak leh bukak nie…tangan aku dah getaq nie..


  2. Chaq Says:

    salam alaik

    isu yg sgt bagus.
    so far as i see…
    cemerlang d Msia x menjanjikan kecemerlangan d mesir.as Dato duta said, kelemahan menguasai bahasa Arab itu antara punca. and it is true!
    and i’d rather say that cara mereka bljr d msia yg more exam oriented (x praktikkan basa arab tu, praktik tulis atas ketas je tuk exam)is the other cause. plus2 yg study last minute..n prangai2 yg suma fresh dr msia yg x leh diimport ke mesir…antara punca kegagalan..
    just my opinion…^_^


  3. anasxz Says:

    isu saja dibangkitkan, takda apa pun, cuma menulis melalui sikit2 pengalaman. biasa lah. masing-masing punya rezeki. yg penting, usaha.

    islamic studies student mmg lain dengan medical student, lain dari segi technical studies.. belajar sekejab saja, kalau terlepas, mmg kelam kabut nak cover up suma..


  4. anasxz Says:

    pakndak, boleh dah bukak tu.. sat ja dia service..


  5. chaq Says:

    erm…nk jadi ulama’ kan. keja keras lah sket. :)
    thanx 4 linking ya. I’ve put yours on my page too.
    syukran.


Leave a Reply

  • __

    PA010370.JPG



  • RSS Taqeyyabella

  • Sampaikan..



    eXTReMe Tracker