
4 Hari lepas, aku mengucapkan Alhamdulillah atas kurnian Allah taala memberikan keringanan kepada aku untuk Dia lepaskan satu tanggungjawab yang agak besar bagi aku iaitu belajar di Universiti Al-Azhar.
22 Ogos menyaksikan aku sedikit kegembiraan kerana sudah jemu dengan keputusan-keputusan ini, hanya syukur untuk Allah taala. Untuk diri aku, aku anggap ia hanya sebagai suatu pelepasan tanggungjawab dan bakal memikul pelbagai tanggungjawab yang lebih besar.
Penantian demi penantian, perjalanan lebih perlahan dari cara ‘kura-kura’ bergerak, mehnah dan ujian saling bertukar sejak mula aku pijak bumi yang penuh dengan ujian dan nikmat hingga sekarang, berbulan-bulan dan tahun bertahun, itulah yang diimpikan, agar dilepaskan tanggungjawab itu.
Alhamdulillah ala tatimmussalihat. Segala puji bagi Allah yang Dia lah yang menyempurnakan semua perkara baik. Semua perkara yang baik itu hakikatnya Dialah yang menyempurnakannya. Kita hanya mampu berusaha.
Terima kasih kepada kawan-kawan atas sokongan dan semangat, terima kasih keluarga atas kesanggupan menanti, memberi peluang dan sokongan serta bantuan. Terima kasih semua.
Laksanakan tanggungjawab selagi masih ada peluang.

waa.. tahniah2. Kira nak pi melancong plak la tuh.. hehe..
August 27th, 2010 at 6:09 pmtanggungjawab yg dtg biasanya akan mematangkan kita..
September 26th, 2010 at 9:09 pmtapi nikmatnya disana, tuhan saja yang tahu..
dan jika kita tahu betapa besarnya pahala bagi setiap pekerjaan yg dilakukan..
nescaya kita semua sanggup merangkak untuk memikul tanggungjawab sebegitu..