
Aku mahu mengisi dan mengisi blog dengan tulisan walau karut dan marut. Apa yang mahukan adalah supaya kepedulian aku pada blog tidak berkurangan dan senantiasa ingin mengemaskini walaupun tanpa ada pembaca.
Semenjak cuti 24 Januari lalu sehingga kini, buku subjek Usul Feqh baru disentuh sekali, itu pun hanya sempat membaca beberapa perenggan muqaddimah sebelum mata terlelap zzz. Sungguh melemahkan bagi diri aku yang bajet nak habiskan baca buku itu setelah masuk Mac.
Macam-macam hal. Dari aku peruntukkan 1 minggu untuk update satu laman web, kemudian mengambil masa sedikit untuk mengembangkan ilmu bab tenet nieh, beri masa untuk berhibur ke sana dan ke mari, ziarah kawan dan berjalan-jalan, ke Kaherah-Tanta-Kaherah-Tanta, duduk sat di rumah terus pacak ke Mansurah dan Dumyat, stay pulak di Mansurah sehingga kini, Aish… hitung-hitung balik, banyak benda kena perbaiki. Entah lah.. Bila nak berubah?
Tapi tu lah.. ada kata-kata baru aku dapat dari kawan-kawan “Sudahlah, berubah la.. dah tuwa dah….” Bukan apa, bagus jugak kata-kata macam tu, beringat dalam senda. Bukan hanya bergurau, tapi ada benda yang boleh diri kita rasa terkena.
Erm.. macam-macam hal lah.. Aktiviti harian penuh dengan perkara-perkara yang rasanya nampak sia-sia dan tak berguna dalam jangka masa panjang. Kalau dalam jangka masa pendek tu, boleh tahan la, tak lah nampak sia-sia sangat. Aktiviti tengok filem/cerita setakat ni takdak, tidoq lebih tu suku percent kot, ngadap PC tu kot terlajak lebih pada 3 suku percent. Aktiviti last tu tak berubah.
Yang paling menyedihkan dan menensyenkan diri aku, semayang dok rasa tak sempeghna selalu. Kadang lewat, kadang terlepas, kadang wat tau time org azan, dok rasa kadang saja. Hurm.. banyak kali dah ostat-ostat dok ceramah, semayang awai waktu, di masjid, berjemaah akan selesaikan banyak masa-alah dan benda-benda alah.
Huh. Macam-macam hal lah pepagi nieh. Penguin pun bosan nak baca..Wassalam.

[...] (tempat host file lagu) - Sakinah Omar (tempat mengcopy lirik) Fail: Foto , General « Macam-macam hal Sembang pasai orang [...]
July 9th, 2010 at 2:25 am[...] Freewebtown (tempat host file lagu) - Sakinah Omar (tempat mengcopy lirik) « Macam-macam hal Sembang pasai orang [...]
July 9th, 2010 at 2:26 am