Saturday, 31st July 2010
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa

Masak Cepat-cepat

Masakan ni yang paling suka untuk dicepatkanSaya suka masak cepat-cepat. Tak suka buat lambat-lambat.

Oleh yang demikian, akan ada la bermacam-macam bunyi, bunyi periuk jatuh, bunyi periuk dikacau dengan sudu, bunyi pisau jatuh, bunyi periuk terhoyong hayang atas dapur. Silap haribulan terjatuh periuk tu dari dapur sebab kacau terlalu kuat, silap haribulan jugak pisau tu…

Cepat-cepat pun 1 jam jugak la memasak. Tak la dalam 10 minit sudah siap. Nak tunggu empuk lauk. Nak tunggu nasik masak. Nak tunggu naik aroma….

Cara nak cepat? selepas basuh benda yang nak dimasak tu, terus letak periuk atas dapur dan bukak api. Masa tu lah nak bubuh kunyit dan garam dalam ikan, nak potong bawang, nak basuh barang-barang pewangi jintan manis, bunga lawang, perah santan, kupas kentang dan sebagainya. Semuanya masa tu. Kalau nak tunggu siap baru nak letak periuk pasang api, makan masa la sikit.

Merbahaya masak cepat-cepat (kalut) ni. Ya lah, kalau potong bawang pun cepat-cepat, takut makan tangan. Kalau kacau cepat-cepat, takut terkeluar apa yang dikacau. Kurang bagus la.

Cepat ni bukan nak kejar apa, tapi suka buat cepat, malas nak masak lama-lama.

Paling penting, masak cepat dan sedap.

Credit Photo

4 Komen

  1. arynet :

    pergh.. mantap. sah tak sedap haha..

  2. anasxz :

    oooo..

    tak sedap la sebab tak rasa, kalau rasa mesti nak rasa lagi.
    :D

  3. Akhi Farid Rashidi :

    @arynet,

    Hahaha…sifuku bersuara..tapi mee dia masak sedap :-)

  4. anasxz :

    @Akhi Farid Rashidi, erm… mee sedap? makarona sedap?

    adehh :D

Komen/Respon anda?