Berlaku satu kes besar dan memang membesarkan masalah di Malaysia Hall baru-baru ni memang membuatkan lagi bertambah rumitnya masalah. Malah sudah tidak tahu apakah masalah itu besar atau kecil. Mana puncanya dan di mana sepatutnya diselesaikan. Mana yang lebih penting dan mana yang penting.
Malam khamis yang lalu, aku menghadiri satu mesyuarat bersama JKP dan JPMK. Aku hadir lewat kerana aku lewat bertolak dari Tanta. Dalam mesyuarat tu banyak perkara berbangkit yang timbul hasil kes besar demikian termasuklah penyelesaian dan beberapa tindakan yang perlu diambil.
Aku tak mau sebut apa penyelesaiannya, cuma pihak atas perlu faham apa kehendak orang bawahan yang sememangnya kurang memahami dan kekadang tak mau faham apa tugas orang atasan. Itu saja mesejnya yang orang bawahan nak sampaikan.
Tapi ada tiga perkara yang orang bawah (belia) nak dari orang atas mengikut apa yang aku faham dari kata-kata Dato’ Saifuddin Abdullah. Satu dengar dan pasang telinga isu kami. Dua selesaikan apa masalah dan isu kami. Tiganya aku tak ingat. Jadi orang atasan kena faham permintaan ini. Selagi permintaannya orang bawah tidak ditunaikan, selagi itulah orang bawahan tetap dengan jiwa mudanya.
Saya tidaklah terlalu menyokong pendapat Dato’ Saifuddin itu, cuma orang atas kena juga ambil tahu berkenaan itu.
Selepas mesyuarat, saya terus ke bilik gerakan JKP, saja nak lepak di situ sambil sembang berkenaan masalah yang dibangkitkan yang berkaitan dengan JKP. Saya kurang bersetuju dengan pandangan pihak JPMK berkenaan JKP dan tidak bersetuju juga dengan pandangan salah seorang AJKP. Saya pun sendiri kurang juga bersetuju dengan kalam saya pada malam tu, di mana biarpun maksud saya ingin memihak kepada JKP, tetapi sedikit memberi luka juga kepada JKP.
Pokoknya, masalah sekarang yang tak sampai otak nak fikir untuk menyelesaikannya itu seolah-olah menghalang masalah yang sedia ada untuk diselesaikannya. Contohnya begini. Masalah kantin kurang jualan, penyelesaian yang dicadangkan oleh orang atasan penghuni dilarang memasak, ok setuju. Masalah timbul lagi, kantin masak kurang sedap dan tiada lauk pilihan dan ekonomi, tiada kualiti makanan, Alternatifnya penghuni masak sendiri yang jauh lebih sedap, ekonomi dan puas hati, ok orang atas tak setuju.
Masalah ada pada kantin dan pada penghuni. JPMK telah pun beri nasihat kepada pihak kantin dan pihak penghuni. Kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain. Penghuni tetap memasak dan pihak kantin tetap di takuk lama kepada penghuni.
Jadi, apa sebenarnya masalah yang menghalang masalah itu dari diselesaikan?
Tags: Pendapat
begini laa ustaz..sapo yang pandai masak sila datang kerja kat kantin.manusia ni pandai je komen .buat nya tak tahu.jaga laa dulu kebersihan diri kita dulu ..pas tu gat komen jee laa
[Reply]