Memang sangat-sangat bertepatan dengan apa yang Allah taala bagitau kepada kita semua orang Islam supaya menjaga diri dari terjebak ke lembah yang boleh membawa diri kita ke neraka.
Fokus yang Allah taala tekankan di sini ialah tahap dan proses untuk mula menjaga itu, maksudnya menjaga agar sentiasa taat kepada perintah Allah taala, melaksanakan tugas sebagai hamba, mengikuti arahan dan menjauhkan larangan.
Memang senang nak cakap ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Tetapi itu bukan isu yang nak dibawakan di sini. Isunya adalah permasalahan sosial yang melanda masyarakat sekarang sememangnya boleh diatasi berdasarkan ayat yang Allah taala sebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Zahir ayat menunjukkan arahan supaya kita menjaga diri kita dan keluar dari terjebak dalam perkara-perkara yang boleh mendurhakai Allah taala sehingga Alla taala mencampakkan diri kita ke dalam api neraka di Akhirat kelak.
Jadi tanggungjawab itu terpikul di atas siapa, jika Allah taala sebut ‘diri kamu dan ahli keluarga kamu’? Semestinyalah kita akan dapat membayangi bahawa diri itu sebagai ketua keluarga dan ahli keluarganya termasuklah anak isteri dan jiran tetangganya atau yang tinggal di bawah satu bumbung rumahnya.
Jadi boleh dikatakan, masalah sosial hari ni bukan bermula dari luar, banyak bermula dari dalam rumah itu sendiri. Banyak persoalan yang dapat ditimbulkan
1) Rezeki halalkah yang dibawa balik oleh suami isteri untuk dimakan oleh ahli keluarga?
2) Syariat Allah taala ditegakkankah kepada ahli keluarga atau tidak?
3) Komunikasikah ibu bapa dengan ahli keluarga mereka?
Tags: Pendapat
