Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Melayari Bahtera Ilmu

Musim panas (soif) tiba lagi. Musim ini terkenal juga dengan amalan ke Mator (airport). Menghantar rakan-rakan pulang ke Malaysia.

Tetapi, ada rakan yang sebuk menadah ilmu ke sana dan kemari. Berpagi-pagian harinya berkejar ke masjid untuk menuntut ilmu. Tiket flight murah, kapal terbang berterbangan di udara, rakan pulang ke Malaysia tidak menjadi sebab untuk dia bertukar angin menuju ke airport membawa beg kargo.

Oh aku!. Belum lagi menikmati nikmat sebegitu. Azamnya sudah lama. Citanya sejak dahulu lagi. Namun, musim kali ini diharapkan menjadi realiti.

Esok adalah percubaannya setelah mendapat boarding ‘boarding pass’ pada 29 Jun yang lalu untuk masuk ke sebuah kapal besar melayari di lautan ilmu.

Komunikasi pengantara itu bukan alasannya. Pokoknya adalah kemahuan.

Tidak mahu tulis banyak. Esok kena pi beli buku. Lihat jadual dulu.

Bawah-Jadual Pengajian Musim Panas anjuran MKKK (mula 3 Julai hingga Ogos)

Bawah-Jadual Pengajian Musim Panas anjuran Jami’e Al-Azhar Asy-Syarif (mula 26 Julai hingga 5 Ogos)


Selamat berilmu dan beramal.

Jadual ihsan myMKKK dan Abu Bakar Ex YDP myMKKK.

Komen/Respon anda?