“Orang nak membaca, bukan nak mendengar.” Komen seorang pengunjung.
“Pasti, namun bukan suatu kemestian, sebab mendengar itu salah satu satu membaca”. Saya menjawab.
Itulah berlaku kerap kali saya melawat beberapa blog rakan-rakan di alam maya ini, seringkali mengepilkan unsur suara pelbagai untuk menjadi santapan telinga pengunjung aka pembaca di laman blog mereka, yang ketika mana tiba di muka utama, termain sendiri suara itu.
Saya memberi kepastian dengan 50 peratus bahawa kepilan suara itu pasti memberi konflik kepada unsur suara luarnya yang kekadang bagi sesetengah pembaca sudah mengepilkan suatu unsur suara untuk membawanya kepada suatu tahap konsentrasi bersantai dalam membaca lantas meniliti sesuatu blog.
Membaca suatu daya untuk mencetuskan pengetahuan. Pengetahuan dicetuskan oleh pelbagai aspek, antaranya mendengar dan membaca. Oleh yang demikian, pencetusan suatu pengetahuan itu perlukan konsentrasi. Dengan kata lain membaca haruslah dengan tema membaca dan bukan membaca itu mendengar.
Mendengar boleh menjadi bahan untuk membuat pembacaan. Namun bagaimana pula dengan membaca, adakah ia boleh dijadikan bahan untuk mendengar atau tidak? Fikirkan.
Saya hanya mahu membaca, bukan mahu mendengar.
Anas
Cairo, Egypt

apa yang aku ngarut ni? huhu..
January 28th, 2009 at 1:46 amwei, hang dok merapu apa?hahaha. nie mesti lagu dlm blog,hehe. besa la, slalunya org yg baru buat blog ja boh. pasni dia pun boring la. awai2 nie keciwi batat sikit.
February 3rd, 2009 at 9:20 amhaha.. dia la tu.. keciwi blog lagi… huhu..
February 3rd, 2009 at 11:11 pm