Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Mengurangkan Sikap dan Aktiviti Negatif

Pepatah yang selalu kita sebut “Bukan senang nak senang” dan “Bukan susah nak susah” itu menjadi signifikan untuk saya menilai semula setelah beberapa lama menjalani kehidupan di Mesir ini.

Proses untuk mengurangkan sikap dan aktiviti negatif dan merancakkan dengan positif itu kekadang menjadi kemuncup dan lemah. Akibatnya kedua elemen itu dilalui dengan kehidupan Mesir yang penuh cabaran menjadi perit dan sukar untuk bangun semula.

Mungkin kerana pelbagai cara dan jalan telah dicuba tetapi tidak berjaya. Walabagaimana pun, saya ingin berkongsi satu simulasi yang saya rasa sesuai untuk saya dan mereka yang berazam untuk berubah, membuang sikap dan aktiviti negatif yang sekian lama membelenggu hidup. Simuliasi ini saya dapati dari ceramah yang saya ikuti dalam seminar dua hari lepas di Kaherah.

Ambil satu belon, tiupkan belon itu sehingga saiz sederhana dan tidak terlalu besar. Kemudian tuliskan sikap dan aktiviti negatif di atas permukaan belon itu. Tulis sebanyak mungkin kedua perkara tersebut. Setelah itu, ambil sebatang pen dan pecahkan belon tersebut sambil berniat dengan nama Allah taala agar sikap dan aktiviti yang tertulis itu hilang dari diri kita.

Itulah cara yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih semangat tanpa sikap dan aktiviti negatif.

Komen/Respon anda?