Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Mereka bersalah selamanya?

Kes buang bayi lagi ni. Nak tuduh mereka bersalah selamanya pun tak mungkin, sebab pintu taubat masih terbuka. Mereka taubat, tak mau ulangi perkara tu (zina, dekat dengan zina, nak berzina) insya Allah, Allah akan menerimanya.

Sama lah macam mat rempit. Mereka pun tak bersalah selama-lamanya. Kita manusia ni saja yang bersikap menghukum untuk selama-lamanya. Padahal Allah sentiasa menerima untuk mereka berubah jadi baik.

Kat Mesir ini entah lah. Ada ke tidak kes buang bayi ni. Nak kata bebudak berkeliaran di jalanan pun tak da la sangat. Kalau ada pun, mesti dengan mak dia dan adik-beradik dia. Nak kata Mesir ni bagus lagi dari Malaysia tu tak tahu lah. Tapi di sini, apa yang saya dapat tahu maklumat dari akhbar-akhbar tempatan, setakat ini tak ada pulak cerita pasal kes buang bayi ni.

Balik kes salah selamanya atau tidak. Kita pun sebenarnya turut juga bersalah, selamanya mungkin jika kita tidak tunaikan tanggungjawab untuk halang pembuangan bayi ni. Satunya kes ini adalah satu bala dari Allah. Allah taala azabkan kepada orang mukmin juga (rujuk surah al-buruj), agar mereka tahu perlunya mereka dekatkan lagi kepada Allah taala, supaya dijauhkan dari azab-azab tu.

Oh, terkeluar tajuk lagi. Back to the point. Mereka-mereka yang terlanjur ini semestinya berasa salah sentiasa (kalau ada rasa salah la). Salah pada diri, salah pada bayi itu, salah pada masyarakat dan juga salah pada Tuhan. Namun, mereka masih ada peluang untuk meneruskan perjalanan di track yang lain (yang baik). Bukan patah balik.

2 cara perlu dilakukan. Cegah dan rawat (idea diyau ni), maksudnya ada pencegahan supaya tak ada orang yang terlibat dan rawat supaya tak melarat.

Masalah complicated. Cegah dan rawatnya pun complicated jugak.

Tak berbalik ke tajuk lagi. Sudah lah tu. Isinya cuma nak bagitau mereka tak bersalah selamanya, moga Allah beri petunjuk. Allahummahdi qaumi fainnahum la ya’lamun.

Allahumma ballaghtu wa anta fash-had.

2 Komen

  1. arynet :

    Dia benda ni, depa hat dok buat kerja buang bayi ni kata bayi tu anak haram.
    Depa tak sedaq kerja dok berzina apa semua tu yang haram sebenarnya.

    Mentaliti.

    Kalau tak cegah dari awai payah benda ni, agama tu penting. Tapi kita pakat doa la, depa dapat hidayah nooo..

  2. anasxz :

    Itu lah.

    Depa dok sangka begitu.

    kita tau la ni punca dia tu apa. Tapi kita tak boleh nak cantas ranting, lagi pulak nak pi cabut akaq2, sebab banyak lagi orang dok tolong jaga, siram dengan air, baca elok pokok tu.

    Masalah itu bukan mai dari hotel, gambaq lucah, taman bunga ka apa, semua mai dari manusia. Manusia tu sebenarnya nk kena Islam, bukan pi rampas gambaq lucah, pi kambuih taman bunga, pi peruntuh hotel.

    aduhai.

Komen/Respon anda?