Sunday, 5th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Moodylah Sangat

Entri lepas, moody lah sangat.

Sebenarnya aku biasa ja. Aku memang sangat-sangat selamba. Macam tak dak apa yang berlaku.

Lepas peksa Quran, terus hari Khamis pagi tu aku pi Kaherah. Sampai dekat pukul 10 di Cairo U.

Terus aku mulakan kerja.

Lepas zohor, ke Dewan Malaysia untuk solat jenazah. Al-fatihah untuknya.

Kemudian, ke Cairo U balik.

Pukul 7 ke Hospital Kasr El Aini melawat rakan yang terlibat dalam kemalangan. Mereka berdua di Wad ICU. Sian tengok diorang. Sorang boleh buka mata sebelah dan bercakap. Sorang lagi diam, terpejam matanya. Syafaakumullah.

Solat maghrib di Hospital tu dan terus pulang.

Takut jugak, bersesak-sesak dalam bas, metro, orang yang lalu lalang, ya lah H1N1. Insya Allah kheir.

Esoknya Jumaat. Solat Jumaat di masjid sebelah Dewan Malaysia.

Sabtu. Ke mana hah aku pergi?

Ahad. Akibat pijat, aku tak dapat tidur malam. Pukul 12 tengahari baru sampai Cairo U. Malu. Mujur pergi dengan teksi LE 15 kena kapak. Kalau pegi naik bas dan metro baru LE 1.50.

Isnin. Lewat jugak lagi. Pukul 11 lebih baru sampai Cairo U. Balik awal sikit, itu pun dekat pukul 7 gak sampai Dewan Malaysia. Malamnya aku sambung sikit kerja-kerja. Alhamdulillah siap.

Selasa. Awal sikit sampai. Tapi pukul 10 lebih jugak. Kerja semalam dah siap. Hari ni buat kerja yang dah didraf sebelum ini. Jadi, kalau dimintak pun dapat disiapkan dengan cepat. Keluar dari ofis lepas maghrib sebab esoknya cuti dengan sengaja. Jadi, buat la kerja-kerja yang sepatutnya untuk aku buat.

Rabu. Ke Ra’s El-Bar dan Port Said di utara Mesir. Memenuhi ajakan majikan. Kali kedua sampai ke destinasi tersebut. Pegi dengan bas berombongan seramai 50 orang lebih kurang. Antara tempat menarik yang dilawati, pertemuan hilir sungai Nil dengan laut mediteranian, bandar bebas cukai Port Said.

Di Port Said aku jalan sorang. Mula naik van, sampai ke hujung, patah balik dengan berjalan kaki. Meletih kan lah jugak.

Huh. Seminggu ni memang best. Aku suka kerja dengan orang yang berintegriti, profesional dan mesra.

Khamis ke Tanta untuk ambil kertas ujian lisan Rabu ini.

Selama seminggu ini aku tak moody pun.

Awal bulan 7 aku mula masuk ofis untuk full time. 3 bulan sahaja kontraknya.

Apa yang difikir satu benda ja, macam mana nak makan nasik? Sebab, sebelum ni kerja ofis di KL, punca sakitnya sebab tak makan.

5 Komen

  1. pakndak :

    alhamduLILLAH la ada jugak keja nak buat, income pun masyuk. aku nie dok merap ja. awai bulan nie kot nak aktif sikit. takkn satu gambaq ja, takdak ka gambaq pertemuan bahrain?

  2. anasxz :

    hah.. upload kat flickr. tak nampak sangat pertemuan bahrain tu..

  3. anasxz :

    takpa. tak dak keja pun takpa. dok umah tu pun buat keja jugak. basuh baju, masak, pi suk. aku, dah orang suruh. aku buat ja la. takat mana mampu dan.

  4. en_me :

    sabor bro.. salamms dr me dikejauhannns

  5. anasxz :

    @en_me, salam dari kejauhan… di mana jauhnya?

Komen/Respon anda?