May 29th, 2010 » anasxz

Assalamualaikum.. Saya baru sahaja menukar tema baru. Alhamdulillah, dapat siapkan dengan secepat mungkin.
Kerja kerja mengubahsuai tema lama dijalankan sejak 2 3 hari lepas. Tema lama tidak lah menjadi masalah. Tetapi memandangkan inilah masa yang selalunya idea wink wink timbul.
Jadi untuk tidak mensia-siakan idea yang datang, maka direalisasikan walaupun dalam musim peperiksaan.
(more…)
May 24th, 2010 » anasxz

Semoga Allah memberkati Engkau. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar dari mulut orang Mesir sebagai ungkapan memuji kita dalam masa yang sama mendoakan untuk kita.
Sebagai seorang kawan, saya ingin mengucapkan ‘alf mabruk’ atas kejayaan rakan saya ‘taqeyyabella‘ menghasilkan karya sulung bertajuk Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan. Sebuah buku walaupun nampak simple tajuknya, tapi besar peranannya.
Sebagai muslim, surah Al-Fatihah telah dipilih oleh Allah taala untuk dijadikan rukun dalam setiap solat, semestinya mengandungi di dalamnya pelbagai kandungan tersirat. Hasil pemahaman sebenar dari ayat-ayat suci itu, terdampak pada amalan kehidupan muslim seharian. Pokok pangkalnya Al-Fatihah itu adalah kunci.
Saya menyatakan penghasilan itu bukan suatu permulaan bagi beliau kerana amalan penulisan sudah beliau cungkilkan melalui blog. Namun ia adalah satu peralihan dari tulisan maya kepada tulisan real sehingga terciptanya karya. Dari pengamatan kepada suatu hasil penyelidikan. Dan dari pengalaman kepada satu catatan.
Tahniah juga kerana buku tu berjaya masuk TV. Orang tu gerenti dah masuk kalau bukunya masuk.
Saya mendoakan dengan peralihan ini mampu memberi satu inspirasi kepada semua kawan beliau untuk terus berbakti melalui penulisan ini.
Anas
May 24th, 2010 » anasxz

Untuk mengurangkan jari menaip username dan password bagi setiap laman sosial yang bercambah di internet sekarang ni, aku mengambil keputusan untuk meng’cancel’ account dari database laman-laman sosial berikut;
- Friendster
- Netlog
- Tagged
- Facebook (first account)
Langkah ini diambil kerana faktor kawan dan masa.
Sebenarnya kata kunci ‘delete facebook account’ menjadi second top pada enjin carian Google. Ini membawa maksud kebanyakan pengguna internet mencari cara untuk padam akaun facebook mereka.
Dengan kata lain, ada faktor tertentu sehingga mereka ingin membuat begitu.
Laman sosial lain yang terdaftar setakat ini;
- Twitter
- Technorati
- Youtube
- Photobucket
- Flickr
- Picasa
- 4shared
- Multiply (deleted)
- Wordpress.com
- Blogger
- Facebook (second account)
- Last.fm
Akaun di atas mungkin akan tersenarai untuk dipadamkan pada masa terdekat atau akan datang.
Selamat maju jaya.
May 24th, 2010 » anasxz

Pertama kali terjumpa masalah ni, start windows XP, log on dan lepas tu log off balik. Log on pastu log off balik.
Ini lah yang aku tension. TIme nak baca buku macam-macam masalah dok mai. Kena lah cari macam mana nak selesai.
Benda ni terjadi sebab aku install satu software yang aku sudah bajet akan kacau sistem windows. Sah, memang betoi.
Oleh yang demikian, kena lah setup windows lain. Walaupun windows yang rosak tu dapat debug. Tapi lembab.
Terlupa pulak tanya sheikh google. Oh tu ka, memang berlaku juga pada pengguna lain.
Apa pun, walaupun sayang setara mana pun windows yang kita dok guna lama dah, tapi mai time dia rosak jugak. Terpaksa buat baru.
Itulah risiko yang perlu diterima secara hakikatnya sebagai seorang pengguna komputer. Jangan gelabah, panik, tension dan sebagainya jika data hilang, windows tak boleh masuk, data kena curi, tak dak karen bila time buat kerja.
May 17th, 2010 » anasxz

Dari banyak-banyak ilmu yang aku belajar, khususnya dalam ilmu agama ni, boleh dikatakan kebanyakannya hanya sekadar belajar lepas tu tahu lepas tu faham. Setakat itu sahaja.
Patut kah aku buat begitu. Takkan sesingkat itu yang perlu bagi aku. Aku rasa tak mungkin untuk aku terus hipokrit. Belajar ilmu baik, berlakon baik dan suruh orang kata aku baik.
Hipokratismo atau munafikisme tak semestinya pada kawan atau orang lain. Banyaknya diri sendiri yang kena. Sian.
Tak susah untuk belajar satu ilmu. Allah taala dah beri aku ilmu untuk cara mengetahui, beri aku ilmu untuk aku memahami tapi satu lagi saja kekuatan untuk aku tahu bagaimana mengamalkan ilmu.
‘lagi banyak ilmu dapat lagi ikut kuat ikut syariat’. dah tau lama dah bab solat jemaah kat masjid, solat awal waktu, solat sunat rawatib, solat tahajjud, tutup mulut (tak doh ngumpat, bukak aib, cerita buruk orang), tak buat benda sia-sia (termasuk ka tengok filem, coding, design?), ah macam2.
Pokok pangkainya, hati. Masuklah ilmu banyak mana pun kalau hati dok wat maksiat, lelama ilmu hilang. Yang hilang susah lah nak amal.
“Mantap lah ostat nieh…”. ceit hampeh.. “stadi lah weiii”..
May 16th, 2010 » anasxz

Dunia persekolahan aku dah berlalu lama. Lama punya pasai habih nama-nama ustat ustazah aku lupa. Patut kah? memang patut pun aku lupa. Tapi kalau lupa untuk doa2 untuk ustat ustazah masa di sekolah dulu yang dah ajar kita memang tidak patut.
Baru aku tau hari ni (16 Mei) adalah ‘Hari Guru’, hari ni mungkin hari penghargaan untuk ustat ustazah cikgu dan guru khususnya di sekolah. kat universiti anak murid sudah wat tak tau dengan lecturer.
Tak penah pun seumur hidup aku sambut yang dikatakan ‘hari guru’. Mungkin masa sekolah dulu aku kanak2 yang tak dau apa kebenda ‘penghargaan’ tu atau org lani panggil appreciation. Kalau sekolah buat pun aku tak tau apa kebenda. Jadi memang patutlah aku lupa semua nama ustat ustazah aku.
Masa sekolah dulu, aku tidak difemeskan dengan panggilan cikgu, itu sebab aku suka sebut ustat dan ustazah. dari sekolah pra, sampai lah habis menengah banyaknya ustat dan ustazah. tapi ada jugak cikgu. Cikgu tu org panggil bg yg tak ajar subjek agama, tak patut. Patutnya semua kena panggil sama. Keciwi cikgu yg tak dipanggil ustaz ustazah.
Semua tempat aku bersekolah sudah pun ranap. Dari pra sekolah hinggalah tamat sekolah rendah. Ranap ditelan zaman. Sekolah menengah alhamdulillah bertahan.
Oh.. aku nak jadi cikgu? memang boleh tapi jadi cikgu yang agresif. Suka tekan anak murid supaya cepat faham. Kalau tak faham cikgu jadi stress.
Apa lagi ada kat hari guru ni? aku pun tak tau.. Oh.. tima kasih cikgu.. anak murid mu lupa nama cikgu..