May 12th, 2010 » anasxz
Tak senang kita hari ni. Tidak dapat tidak mesti punya dok kutuk dan maki kat orang. Tak kot mulut, mesti dalam hati ada jugak sikit rasa tak suka, benci, meluat, maki, bangkai, hampaih ah… banyak la kalau nak karang. Istaghfir li rabbik…
Tanda2 tu semua hati kita kira sengkek lagi la. Ada masyuk barang tak baguih, ada makan benda tak suci ka lagu mana. Ada lah sikit ka banyak yang tak kena sebab masih dok ada sikap tuh.
Aku sangat tertarik tadi subuh tengok Sheikh Nuruddin hafizahullah cerita pasai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam duduk depan kaabah, baginda puji kaabah, kamu mulia, tapi kemuliaan manusia tu lebih mulia dari kamu.
Yang point di sini, manusia punya kemuliaan kita kena jaga. Kita kadang senang2 merendahkan orang lain, kutuk orang lain, bagi gelar macam2 kat orang, bagi sakit hati kawan, kutuk member, dan memacam lagi la. Kita takut, kalau perkara itu Allah taala bagi pulak kat kita.
Kutuk macam mana pun tetap kita macam dia jugak. Sama ja diciptakan, dari air yang hina. Sapa pun tak mau. Sukakah kita orang jatuhkan kemuliaan kita, jatuhkan air muka depan orang, buka aib kita depan awek kita. Mesti lah tak mau. silap2 mau penerajang biar tertunggin ja.
(more…)
May 1st, 2010 » anasxz

1. Check FB. Oh, dah ada yang set private. Kesian.
2. Si arab panggil tengokPC pulak. Bosan.
3. Esok sampai khamis selesaikan kerja.
4. Jumaat ni dah cuti kerja. Lama tinggalkan Tanta. Duduk kampung.
5. Selamat hari pekerja. Amanah budaya kita.
6. Minggu ni ponteng kerja 2 hari. Malas. Kena ganti balik, esok dan lusa.
7. Peksa dah tak lama. Rehat dari FB, YM, dan Blog.
8. Edit artikel, upload blog, publish gambar, antara tugas esok. Mintak siap cepat.
9. Maaf semua. Salam.
Cairo.
Kredit gambaq: http://pakndak.farvista.net
April 27th, 2010 » anasxz

“Hujan emas di negeri orang, hujan baru di negeri kita” adalah suatu pepatah yang sangat popular bagi orang Melayu kita. Sehebat mana pun di tempat orang, itu bukan kita punya.
Hak kita di negeri orang tetap terhad. Hak orang Malaysia datang ke Mesir hanya untuk menuntut ilmu dari Universiti Al-Azhar contohnya adalah hak bagi pihak universiti memberikan kebenaran atau tidak dan segalanya tertakluk kepada kuasa negara itu jugak.
Adab dan etika di negeri orang patut dipatuhi sekalipun kita merasakan kita mempunyai hak di negeri orang. Rakyat negeri itu sebenarnya lebih berhak menentukan kedudukan orang asing di kalangan mereka.
Memintak hak yang sepatutnya bukan hak kita itu adalah tidak berhak sebenarnya. Bagi kita sepatutnya merasakan ia satu cabaran kepada kita dan cuba sedaya upaya mencari cara dan jalan terbaik untuk memperbaikinya, dan dalam masa yang sama tidak mencarikkan hati mana-mana pihak.
Sikap kita yang kurang profesional dan tidak memahami adat masyarakat Mesir dalam komunikasi dengan masyarakat Mesir sedikit sebanyak memberatkan mereka untuk terus mendengar luahan kita.
Interaksi masyarakat Mesir itu penuh dengan doa, puji-pujian, ucapan yang baik, sederhana, lembut dan sekali-kali tiada marah-marah. Sangat jelas apabila kita berjumpa dengan rakan satu kuliah, semestinya ucapan ‘eh zayyak, enta ‘amil eh, tamam?, rabbena yewaffakna’ menjadi permulaan bualan.
Jika ditanya “anta mau tak pindah ke Kaherah?”. Agakan jawapannya kita sudah ketahui. Namun pendapat singkat dan jengkel penulis setakat ini adalah ‘boleh saja’.
Kita mangsa keadaan. Kita yang terkena dek kerana kecelaruan entah dari pihak mana. Kalau kita tak mampu nak atasi, kita serah kat Allah taala.
April 26th, 2010 » anasxz

Terkadang teringat kisah dulu time memba dok banyak lagi. Dok dengaq ja selalu lagu XPDC, AMUK yang walaupun rentak rock kapak tapi ada value sentimental. Tu cerita dulu..
Tajuk blog kali ni kes teringat kat memba2 masa tahun 2001 sampai 2004 dulu2.. Depa semua pakat keja menikah anak bini dah, aku masih di sini lagi.
Tak mengeluh pa, tapi seronok tengok pakat berjaya belaka. Pakat merasa hidup masing2, Aku pun dah rasa sikit2 pengalaman berkerjaya.
Moga najah belaka dalam kerjaya masing-masing. So layan!.. Istamti’ baah..
(more…)
April 25th, 2010 » anasxz

Minggu lepas banyak perkara yang aku rasa aku dah lali atau ghaplah. Lebih kurang macam separa sedar. Kisah pertama, selalunya pergi keja naik ketapi, aku akan beli 1 tiket sahaja, tapi terbeli 2 tiket, cadangnya balik nanti naik ketapi jugak dan tak payah beli tiket lagi. Tapi, silap bajet, aku balik lewat malam dan tumpang orang, jadi tiket tu burn.
Kisah 2, aku naik bas nak pergi kerja jugak, plan nak turun di Ramsis (naik ketapi di stesyen mubarak) sebab malas dah nak tukar ketapi jika turun di Ghamra. Tapi plan terpaksa diubah, sebab jalan jammed selepas 100 meter selepas jambatan Ghamra. Aku lali dan lambat buat keputusan yang sepatutnya aku tengok dulu sebelum buat keputusan turun di Ramsis di masa mula perjalanan tadi, last kena jalan kaki patah balik ke Ghamra.
Kisah 3, di Kaherah, hari jumaat malam tu ada kerja, cadangnya malam tu nak balik Tanta, tapi ada kawan nak ke Dewan Malaysia di Abbasiah (tempat aku tinggal). Aku Ok. Last, tak jadi pergi Abbasiah, tidur saja di Hayyu Sabiek. Dalam masa yang sama duit tinggal LE50. Tak cukup untuk belanja di Tanta 2 3 hari dan bajet esok pagi balik Abbasiah sat ambik duit. Pagi tu ubah keputusan pulak nak balik Tanta pulak sebab duit rasa cukup.
(more…)
April 21st, 2010 » anasxz

Semalam, berjalan-jalan dengan memba ke Hotel Arafah Al-Jadidah kat stesen ketapi, saja nak pi melawat JPMK buat hari bertemu pelanggan di situ. Tup tup tinggai kerusi saja, habih dah. Kami pi round hotel saja la, pi tengok kolam renang.
Pastu pi minum ayaq tebu dan pi sat maktabah darussahabah. Lepas keluaq maktabah, satu madam berpakaian niqab sedang pegang anak yang dok tengah menangis, panggil aku, 2 3 kali dia panggil baru aku pi.
Mumkin ‘ilbah laban. Aku tak jawab apa. Aku dah paham. Dan paham perangai arab mesir ni banyak yang suka mengemis dan mintak2 kat ajanib. Bagi aku, kalau aku nak bagi aku bagi, kalau aku tak mau cukup lah aku buat tak tau saja dan memblahkan diri.
Aku sangka baik, dia nak menipu tu urusan dia ngan Tuhan. Aku dulu penah dok marah budak yang dok mintak ‘hagah lillah’ ni. Selalunya kat mahattah gamek hayyu asyir.
Sindiket ka, dia memang betoi memerlukan ka atau memang perangai dia kalau ternampak ajanib (foreigner) ka itu urusan dia ngan Tuhan, yang tu peluang dia nak buat benda tu. Kita punya peluang ni nak bagi ka dak ja.
(more…)