Orang dah keja selalunya time cuti lah hari yang paling seronok, boleh pi sana sini, shopping. Tapi aku sedikit dah rasa nikmatnya cuti bagi orang yang dah berkerjaya.
Rasanya sekali-sekala kena jugak naik bot layan angin Sungai Nil. Orang dok pi naik bot selalunya kat Tahrir, tapi aku tak besa lagi naik bot kot Tahrir tu. Bukan apa, meluat ngan bising lagu baladi. Penah naik pun masa pi Luxor ngan Aswan, pastu kt Ras El-Bar. 2 tempat tu ja.
Aku skang masuk ofis balik. Nak tolak, orang dah bagi. Secara paksa-suka-rela aku masukjugak lah kerja. Aku mintak 2 hari ja, rabu ngan khamis. Jadi 2 hari tu habis kat keja tu saja, letih naik metro, jalan kaki dalam Cairo U tu, tengok kelibat arab Jami’ah, penat kat situ saja lah. Pulak, aku dapat menu yang save bajet, sandwich fool. Memang bajet dari aku makan sandwich baniah yang dekat LE10. 2 hari tu pekena sandwich tu ja lah, pastu malam sumbat dengan eish lubnani inti chipsy.
Jumaat, ada program tapi sebelah malam. Siang itu lepak bilik saja lah. Dan Sabtu ada kelas. Dah banyak minggu aku goal. Baru ni pi lewat, goal jugak. Susahnya nak pi kelas. Kalau ikut aku, mau nya aku cancel semua keja duduk saja di Tanta ni. Senang nak wat stadi group, pi kelas, buat nota dan yang penting makan pun teruruslah sikit.
Alamak. Kena masuk ofis satu hari lagi mulai hari ni (selasa) sebab banyak kerja. Tak pa. Khidmat untuk negara. Sudahnya hari untuk aku berada di Tanta dah kurang 1 hari yang selalunya pada hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Tapi tak pernah cukup sebab macam-macam agenda dok mai dan aku suka dok bawak mai.
Huh. Apa pun, aku kena hadapi jugak benda alah ni, nak terbalik terbungkin macam mana pun inilah yang Allah taala bagi kat hamba dia. Jadi tak leh nak mengeluh. Syukur dan syukur sentiasa.
Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai perkara yang sentiasa mendorong hati ke arah perkara yang Allah taala benci, tak suka, murka dan menjadi dosa. Naik Metro terpandang sana dan sini, ke shopping complex terlihat begitu dan begini, berinteraksi dengan arab yang banyak feel, semuanya memerlukan satu daya ketahanan dalaman, agar sifat sentiasa menjaga pandangan, sabar dan sentiasa mengingati yang Allah taala yang sedang melihat semua itu.
Huh, macam serius sangat kes ini. Memang, kes serius. Gejala sosial yang berlaku sentiasa tu, kes takdak iman, tak kenai tuhan dan tak dak kekuatan dalaman la sebagai untuk nak mengelak dari semua2 tu. Sebab itu sangat penting kekuatan rohani ini. Bukan cik rohani jiran sebelah rumah tu. Ini aura dalam yang sesiapa pun tak tahu kecuali diri sendiri yang memilikinya.
Kita yang belum lagi masuk alam pekerjaan, rumah tangga, tapi mungkin sudah terasa cabaran yang bakal kita hadapi setelah berada di dua alam tu. Dalam hal itu, sudah pasti perlu ada satu persediaan untuk menghadapnya, bukan sahaja dengan kekuatan fizikal dan material yang kita cari, tapi kekuatan rohani itu juga yang menjadi asas untuk kita bahagia dalam hidup atau tidak.
Entah lah, si penulis kekadang menulis apa yang dia rasa nak menulis, tapi entah lah dia itu pijak bumi ke tidak pun tak tahu.
Kalau nak cerita cabaran nak hidup di mesir ni 3 hari 3 malam pun tak habih. Tu kalau nak cerita la. Kalau nak mengarang lagi lah, 13 batang pen tak cukup. Tapi apa yang aku baru dapat masa program bina insan pada hari khamis dan jumaat baru ni sangat berguna iaitu jadikan cabaran sebagai satu peluang.
Sering kali aku mendengar tentang cabaran belajar di sini antaranya jauh nak ke kuliah (khusus bagi yang berkuliah di Al-Azhar saidina hussin), kena berebut naik bas (ni pun khusus yang duduk di Kaherah), kena bertengkar dengan arab (ni semua merasa), tuan rumah perambat keluaq umah (ni tak semua kena, tapi semua pakat paham benda ni), pokai ataupun keghin (ada jugak yg merasa), sejuk sampai tak tahan pastu kena dok lam lihap saja (ni semua merasa) dan sebagainya.
Kalau kita tengok cabaran-cabaran tu semuanya macam mudah nak lalui, tapi walaupun kecik tapi itu lah sebenarnya telah menjadi satu tabiat aku (tak mau kata kami).
Tapi aku punya cabaran lain lah sikit sebab aku tak berkuliah di Kaherah, aku di Tanta. Cabaran aku terakhir ni kena kerja, walaupun aku tak suka dan mak aku tak setuju sangat, tapi aku kerja jugak (tah la berkat ka dak). Tapi memang jadi cabaran jugak, nak kena masuk ofis awai, berhimpit-himpit dengan arab setiap hari dalam metro, dok lalu dengan arab cairo universiti yang macam semua, dok merendek, pastu time kelas nak kena balik Tanta dekat 2 jam gak nak sampai, kekadang tengah malam, dan sebagainya lah.
Entah lah. Kerjaya adalah alam yang sebenarnya bagi manusia, iaitu suatu tahap puncak kematangan dalam mengharungi liku-liku hidup. Ini mungkin satu imaginasi yang aku rasakan semua orang berimaginasi yang sama.
Walaupun belum berkerjaya sepenuhnya, tetapi aku sudah merasai betapa perlunya kekuatan untuk menanggung beban kerjaya itu. Jika tidak berkerjaya, hidup tidak berguna ibarat mancis yang tidak menyalakan lilin.
Semalam mengikut majlis penutup program bina insan untuk pelajar (selected) kedah di mesir, Datuk Bandar Alor Setar sering mengucapkan perkataan versatile. Katanya kena serba boleh. Tauk (tinggal) di mana pun hidup.
Macam tu jugak la kita ni, nak berkerjaya memang lah ikut kelulusan, tapi tak semata-mata ikut kelulusan itu, yang paling menyumbang dalam faktor kerjaya kita adalah cara kita, sebab kekadang kerjaya kita tu lari jauh dari bidang kita, jadi versatile tu lah kita boleh survive dengan kerjaya tu.
Lani selalu orang sebut integriti, kompetensi, kompetatif, leadership dsbnya tu memang sangat-sangat perlu dalam kerjaya. Tapi, dalam mengaji pun macam tu jugak perlunya, tapi dah orang tak selalu sebut time mengaji ni, jadi perkataan2 tu popular time keja ja lah. Makna2 semua tu aku pun tak tau lah sgt, tapi yang agama kita habaq amanah ja. Dah ada amanah tu insya Allah wat keja pun betoi la.
Huh.. lepas ikut program bina insan tu macam esok tu nak pi cari keja terus. tapi wat cam na dah dok tang ni. Kena ikut jalan sini dulu la. Insya Allah, setapak ja lagi nak masuk kerja.
Entah lah. Aku rasa sedikit kecewa bila ‘pendengar yang setia’ kini menjadi bisu diam. Entah lah berapa lama. Aku pasrah. Mungkin ini balasan untuk aku yang kekadang terasa bosan menjadi pendengar yang setia dengan celoteh kawan-kawan sebaya yang mahukan suatu kepuasan dalam persabahatan, mahu didengari, dihargai dan dihormati, disapai dan dihiburi.
Malam ini aku ingin menjadikan suatu yang negatif iaitu kecewa sebab orang tak mau layan itu kepada suatu titik permulaan yang positif iaitu balasan yang setimpal, bukan mencari titik negatif yang membuatkan aku lebih ego, pentingkan diri dsb. Masakan tidak, sudah lama tidak bersembang-sembang dengan rakan-rakan, rasa sesuatu yang sempurna dalam kehidupan, biar pun komunikasi itu tetap berlaku, tetapi ia lebih bahagia bila bersama kawan-kawan.
Senang nak dapat banyak duit, senang jugak nak dapat kawan, tapi nak dapat duit dan kawan yang memberi kebahagiaan itu yang susah.
Hoi. apa yang hang gebang malam2 buta ni? Damn. Mahu jadi pendengar yang setia menatang apa? tak paham!!!
Agak lama sunyi dari mencoret apa-apa idea di sini. Namun tetap menulis itu sentiasa menjadi aktiviti aku walaupun idea tu biasa sahaja.
Saya suka memulakan sesuatu lontaran idea dengan ‘Entah lah’ sebab ayat itu membuat saya lebih berfikir dan terus berfikir mencari proses penyelesaian sesuatu masalah. Kemungkinan juga belum terjumpa atau tidak mencari isu berkaitan idea. Itulah sebab timbul ‘entah lah’.
Kali ini saya cuba untuk membangkit soal kekuatan rohani yang mana ianya menjadi impian setiap muslim. Kejayaan muslim itu mengawal emosi dan nafsunya terletak pada kekuatan rohaninya. Ketika waktu marah itu jika tiada butang pause yang dipunyai kekuatan rohani, nescaya kekuatan fizikal akan mengambil alih.
Setiap hari saya cuba memikirkan bagaimana kekuatan rohani ini diperoleh. Tak senang untuk melawan nafsu, cukup dengan nafsu mengantuk. Itu pun tak boleh nak lawan. Belum lagi nafsu nak berjalan sentiasa, shopping, melepak makan dan minum.
Huh, dengan cabaran yang ada hari ini, kita bukan sahaja perlu ketahanan fizikal, tetapi ketahanan rohani atau dalaman juga penting. Amalan yang boleh menimbulkan rasa diri bertuhan, seorang hamba yang lemah dan mendekatkan diri pada Allah taala itu sangat-sangat penting.
Daripada
Abi Hurairah r.a.,
Nabi SAW bersabda: "
Tujuh golongan, Allah akan
menaungi merekapada hari yang tiada naungan melainkan
naungan-Nya: Imam yang
adil; pemuda yang membesar dengan
beribadat kepada
Allah; insan yang hatinyaterpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih
sayang kerana Allah, mereka bertemu dan
berpisah kerana
Allah; insan yangdiajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan
cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku
takutkan Allah'; insan yang
bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang dibelanjakan olehtangan kanannya; insan mengingati Allah secara
bersunyian lalu
berlinangan air mata."(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Terus tabah hadapi hidup. Go!
Olive Oil (Minyak Zaitun)
Minyak Zaitun sangat baik diamalkan sebagai penawar segala penyakit fizikal. Insya Allah. Minum 1 sudu besar sebelum makan setiap pagi dan petang. Selepas mengamalkan minyak zaitun ini anda pasti terasa kelainannya. Tiada bahan kimia (chemical). Tiada Kolesterol. Terbukti sebab banyak negara2 di Eropah menggunakan minyak zaitun dalam kehidupan mereka.
Dihasilkan dengan "Mechanically Cold Press". 100% minyak asli diimport dari SYRIA.
Minyak Zaitun >> tak ditapis (Unfiltered)
>> kualiti paling terbaik (Extra Virgin)
Harga Perbotol: RM 35 + Percuma Penghantaran (COD sekitar Alor Setar)
Sebagai bekas penuntut di universiti, saya sendiri merasakan perlunya kepada beberapa keperluan untuk meneruskan kehidupan, seperti kejayaan mendapat segulung ijazah, kereta, kerja, rumah dan juga perkahwinan.
Tetapi adalah semua mustahil untuk saya capai? tak mungkin dan tak mungkin sekali. Kebanyakan rakan-rakan saya telah memilik semua itu. Bahkan orang lain juga. Ada cara senang untuk dapatkannya ada [...]
Allah wujud (1)
Kita pernah rasa angin. Bila kita tutup kipas, kita tak akan berasa anginnya. Bila kita on kipas, angin akan terasa. Betul tak kita rasa angin tu?. Kalau tak rasa alamatnya tak lama.
Ok baik. Kita rasa kan. Sebab apa kita rasa. Sebab kita percaya dan yakin serta beriktiqad bahawa angin itu sebab [...]
Apa hal ni tok imam?. sapa jemaah yang sedang mengambil wudhuk di sebuah kolah masjid.
Apa ke helnya?. Tok imam beralih pandangannya dari tongkat motor.
Ni kolah, ada buat ternak ikan karin ka?. Jemaah tu buat ayat dalam.
Setelah puas berbual. Tok imam terus melangkah masuk masjid untuk menunaikan solat zohor. Jemaah berkenaan turut sama mengikuti.
Selesai solat. Jemaah [...]
Judi. Sudah jelas Allah taala terangkan dan minta dijauhkan. Begitu juga zina. Allah taala minta jangan dekat. Itu menunjukkan, jika pegang lagilah tidak dibolehkan.
Berbalik isu kebelakangan ini. Aku memikirkan untuk cari alasan untuk membuatkan judi dibolehkan di Malaysia. Tapi, meleset. Banyak alasan tidak kuat berbanding alasan tidak boleh.
Mudarat yang lebih ringan berbanding 2 mudarat yang [...]
Memang sangat-sangat bertepatan dengan apa yang Allah taala bagitau kepada kita semua orang Islam supaya menjaga diri dari terjebak ke lembah yang boleh membawa diri kita ke neraka. Fokus yang Allah taala tekankan di sini ialah tahap dan proses untuk mula menjaga itu, maksudnya menjaga agar sentiasa taat kepada perintah Allah taala, melaksanakan tugas sebagai hamba, mengikuti arahan dan menjauhkan larangan.
Salam Semua. Pesan untuk diri saya, jangan lupa selama-lamanya untuk mengingati Allah. kita sangat2 berharap pada Allah. Pergantungan kita hanya pada Allah. Bila kita ber...
Setiap kali kita merasa lebih dari orang lain maka bermula lah kejatuhan kita.
We are a human BEING not a human DOING. Oleh itu be good and do good.
Bagaiamana ...
Salam Tahun baru, Hijri dan masihi. Apa yang kita harap, hanyalah semakin bertambah tahun, semakin dekat kita dengan Allah.
Aku dah buat short listed untuk calon2....
Sungguh. Betapa indahnya hidup di Mesir. 10 tahun aku di sana. Terasa dekat sangat di hati walaupun dah 1 tahun meninggalkan Mesir.
Semalam aku terbelek gambar-gambar ...
Dah satu tahun lebih aku pulang ke Malaysia. Banyak perkara yang buat, tapi lagi banyak kerja yang tak boleh buat.
Lagi banyak yang dah dibuat, bertambah lagi kerja ya...
Jika ada orang nak bagi kat kita 27 ringgit pada setiap 4 jam, gerenti kita nak. 4 jam kerja baru dapat 27 ringgit. Huh.. penah, susah.
Tapi, kalau hilang 27 ringg...
Ditulis pada 19 Disember 2010
Pernah diceritakan oleh Tuan Haji Ayob, pendakwah dan seorang bekas paderi antarabangsa, bahawa ada seorang yang berbangsa Cina telah...