April 19th, 2009 » anasxz

Ini pandangan saya berkenaan BLOG. Anda mungkin ada pandangan tersendiri.
Tinggalkan komen di Wordpress dan Blogspot, antara dua ini mana yang lebih senang? Bagi saya, wordpress. Sebab;
- Tidak perlu klik hantar komen, terus saja menulis komen di kotak yang disediakan di bawah.
- Tidak perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan (pilihan)
- Mesra pengguna, boleh diubah seni letak kotak komen (pilihan)
- Menggunakan sistem AJAX
Kalau nak komen jugak, terpaksa lah bersusah-susah.
April 19th, 2009 » anasxz
Saya suka masak cepat-cepat. Tak suka buat lambat-lambat.
Oleh yang demikian, akan ada la bermacam-macam bunyi, bunyi periuk jatuh, bunyi periuk dikacau dengan sudu, bunyi pisau jatuh, bunyi periuk terhoyong hayang atas dapur. Silap haribulan terjatuh periuk tu dari dapur sebab kacau terlalu kuat, silap haribulan jugak pisau tu…
Cepat-cepat pun 1 jam jugak la memasak. Tak la dalam 10 minit sudah siap. Nak tunggu empuk lauk. Nak tunggu nasik masak. Nak tunggu naik aroma….
Cara nak cepat? selepas basuh benda yang nak dimasak tu, terus letak periuk atas dapur dan bukak api. Masa tu lah nak bubuh kunyit dan garam dalam ikan, nak potong bawang, nak basuh barang-barang pewangi jintan manis, bunga lawang, perah santan, kupas kentang dan sebagainya. Semuanya masa tu. Kalau nak tunggu siap baru nak letak periuk pasang api, makan masa la sikit.
Merbahaya masak cepat-cepat (kalut) ni. Ya lah, kalau potong bawang pun cepat-cepat, takut makan tangan. Kalau kacau cepat-cepat, takut terkeluar apa yang dikacau. Kurang bagus la.
Cepat ni bukan nak kejar apa, tapi suka buat cepat, malas nak masak lama-lama.
Paling penting, masak cepat dan sedap.
Credit Photo
April 18th, 2009 » anasxz
“Menghitung hari detik demi detik”.
Jika orang sedang bercinta, menghitung hari tu sangatlah penting, sehari dirasakan sebulan, sebulan dirasakan setahun.
Jika orang sedang kerinduan nak pulang ke Malaysia pun sama, kira setiap detik, bilakah akan melangkah keluar dari Mesir yang begitu bosan ni.
Jika orang sedang belajar, peperiksaan lah yang selalu dihitungnya, setiap hari membilang hari untuk tibanya.
Kurang 1 bulan untuk peperiksaan semester kedua ini. Moga inilah peperiksaan terakhir.
Teringat kata-kata Dr Tengku Asmadi
Pelajar biasa melihat peluang.
Pelajar gagal mensia-siakan peluang.
Pelajar berjaya merebut peluang.
Pelajar hebat mencipta peluang
18 April menunggu 16 May, kurang sebulan.
Ya Allah kuatkan semangat ku dan kawan dalam mengulangkaji pelajaran. Amin.
Photo: http://www.uusu.org/files/exam.jpg
April 14th, 2009 » anasxz
Bazar ini adalah salah satu program dalam Festival Asean yang dianjurkan oleh JPMK. Alhamdulillah, overall berjaya dilaksanakan di Malaysia Hall. 100% saya menjadi pemerhati dan pengunjung sahaja. Tak membantu langsung. Kesian… Antara gambar yang sempat diambil menggunakan kamera kawan.
Semua gambar ni adalah di malam terakhir program. Jadi orang dah nak balik. Katanya time lepas maghrib hari tu orang penuh..

Orang dah segheyat. Pukul 11 lebih dah.

Ustazah pun turut serta berbazar.. (Johorian)
(more…)
April 14th, 2009 » anasxz

“Ustaz, mintak tolong boleh?, laptop pc desktop bla bla bla.”. Sering ada bila jejak kaki ke Kaherah.
Taksepatutnya saya rasa, ada suara yang memanggil saya USTAZ. Panggilah encik atau cik. Baru lah sesuai dengan profesion saya. *huhuu.. nak termuntah gak klu org panggil encik ni..*. Saya tak bekerja pun, tak dak bisnes kad, tapi tu lah, kekadang seronok, kekadang rasa beban la jugak orang dok tepon-tepon ni, mintak tolong sesuatu. Cuma, bersyukur la juga, boleh buat networking. *Ada makna tu*
Panggilan ustaz di Mesir ini dah jadi budaya. Mungkin istilah tu yang sesuai untuk kita hormat orang melalui panggilan. Untuk wanita dipanggilnya ustazah. Saya pun begitu. Bukan untuk mengatakan bahawa dia ustazah, tetapi panggilan tu saya tahu bahawa ianya adalah satu penghormatan. Kalau member-member, panggil nama saja lah, panggil ustazah apa lagi.
(more…)
April 11th, 2009 » anasxz
Seronok tinggal di kampung. Kurang pencemaran udara sebab kurang kenderaan dan kilang. Menghirup udara kampung lebih nyaman sebab banyak tumbuh-tumbuhan.

Walaupun di kampung ni (Tanta) tak ada City Star, tapi memadai la di sini ada Fathallah (Super Market). Yang paling best, angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui tingkap belakang rumah. Sejuk…..

Tenangnya. Tapi kenapa aku suka tinggal di Kaherah?

p/s:Tajuk entri seperti seorang yang kebosanan
(more…)