Monday, 21st May 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Blog apa-apa lah

Lama sudah tak menulis kat blog. Bosan jugak tengok blog yang kosong takdak apa-apa. September, Oktober ngan November ni banyak jugak la aktiviti. Aku rasa kalau aku balik mesia pun tak semeriah aktiviti-aktiviti yang aku lalui di Mesir ni. Cuma, kalau di Mesia tu mungkin lebih banyak duduk rumah. Tapi, wat camna, rasa nak balik Julai lalu tak kesampaian. Insya Allah akan datang lah.

Paling best sepanjang bulan-bulan tu, dapat berjumpa dengan orang-orang hebat, rasa nak jadi hebat jugak, bukan untuk tujuan belagak dan bangga diri, tapi dapat tolong orang merata-rata, ke sana-sini aturkan program untuk orang, paling kurang biarpun letih, tapi pahala tu moga-moga masuk jugak lah walaupun keluar banyak duit.

(more…)

Lepasan STAM: Mereka Cerdik

Kebanyakan pelajar-pelajar yang datang belajar ke Mesir adalah antara mereka yang terpilih. Pelajar lepasan STAM semestinya akan ditempatkan di Universiti Al-Azhar jika ingin menyambung pengajian di Mesir, mereka tiada pilihan untuk ke universiti lain di sini. Sebahagian dari mereka yang terpilih akan ditaja sama ada oleh kerajaan negeri masing-masing, agensi kerajaan atau badan kewangan, dengan harapan pelajar-pelajar ini lebih dan akan menumpu sepenuhnya pengajian tanpa memikirkan kewangan.

Penggal pertama merupakan percubaan mereka menempuh pengajian di universiti tersebut. Seterusnya penggal kedua. Tangguh pengajian, mula peperiksaan, tiba keputusannya agak mengecewakan. Tidak dinafikan mereka telah bersungguh-sungguh belajar. Dengan semangat keputusan cemerlang pada STAM yang dilalui di Malaysia, memungkinkan semangat itu akan dapat merealisasikan keputusan cemerlang juga pada peperiksaan di Mesir. Kegagalan ini tidak sepenuhnya atau saya generalise kepada semua, tapi sebahagian walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

(more…)

Kuliah dah start

kuliah di kampus tu dah start, tapi aku kadang2 pi kuliah ni bosan gak. mana tak bosan, tak da tempat lepak yang kondusif. bising. tapi mmg macam tu pun. takda tarikan la. tapi terpaksa lah. mengaji ni memang susah.

problemnya bila kuliah start ni, urusan nak bayar yuran dan nak beli kitab. tapi ada cara penyelesaiannya, buat camna tu? seminggu lagi nak exam baru bayar yuran. tapi itu cara tak bagus, cara yang bagus, tunggu awal2 pagi sebelum gate kuliah bukak, dah bukak terus masuk dan tunggu depan kaunter bayaran tu. insya ALlah. tapi letih lah tunggu lama2. benda bayar tu satu kerja yang berat. oleh itu aku kena ringan2kan.

nak beli kitab lak tak da masalah sangat. insya Allah kitab tak abis. beli awal2 ni tak la ramai sangat org. tadi pegi tanya kat tempat jual kitab, katanya minggu depan baru keluar, tu pun kitab subjek Bahasa Arab.

Insya Allah. awal bulan 11 ni bleh stay dan ikut betul2 kuliah. selamat back to campus.. tengah bulan 12 dah nak exam. tak lama dah nak studi..

ok.. good luck. jom studi..

Raya dengan Hijau TV9

bergambar ngan kawan2..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan batin untuk semua kawan2. ALhamdulillah, raya kali ni agak meriah lah dan rasanya kemaih lagi la dari tahun lepas. Nikmat Allah taala semuanya tu. Syukur.

Cuma rasa tak berapa seronok la pulak ramadhan kali ni rasa cam aku buang masa sangat-sangat. Nak nyesal apa lah gunanya, ramadhan dah lepas. Tapi apa pun hidup kena teruskan, kalau tak sempat semalam, azam untuk buat hari ni. Selagi ada kesempatan, buatlah semampunya.

Aku fikir mungkin atas sebab faktor kesihatan, aku kurang semangat ramadhan kali ni, tak selesa nak buat apa-apa. Asik nak rehat saja. Tak tau lah. Ujian mungkin.

Makan sebaiknya raya ni, fikirkan yang sihat. Sayangilah diri anda.

Salam Raya. Taqabbalallahu Minna waminkum jamian. (تقبل الله منا ومنكم جميعا) Kulla ‘Am Wa antum illlahi Aqrab (كل عام وأنتم إلى الله أقرب)

(more…)

Lemah untuk memberi

Benar-benar rasa lemah untuk ‘memberi’ kepada orang lain pada pelbagai aspek. Semudah menulis di blog ini juga belum mampu. Benar-benar mengecewakan.

Kekadang semangat untuk memberi dan bisa untuk memberi, namun tidak bisa pula memberi orang lain untuk juga mampu memberi.

Saya perlu rasa tanggungjawab untuk mengasah dan memberi suntikan semangat, membaca artikel berbentuk motivasi agar sentiasa semangat dan sentiasa dalam keadaan bermotivasi.

Mereka sanggup, saya patut sanggup. Tugas penting sebagai khalifah memikul tanggungjawab.

Kerja yang kantoi

Aku punya perangai memang suka ikut kata sendiri dari kata-kata orang lain. Prinsip aku memang begitu, dalam apa-apa tugasan yang diberikan, aku akan jalankan mengikut kehendak dan keinginan aku. Alhamdulillah lah jika yang orang yang menghendaki tugasan itu mahu tugasan itu siap atas keinginan dan kehendaknya dan sama kehendaknya juga dengan aku.

Jika sebaliknya maksudnya keinginan pemberi tugasan tak sama dengan keinginan aku, maka akan berlaku sedikit conflict dengan diri aku. Oleh yang demikian, tugasan tertangguh atau saja-saja menangguh, atau buat-buat tangguh, atau pemberontakan diri, tunjuk tidak puas hati.

Namun, kerja yang aku kantoi semalam berlaku juga conflict atau sedikit tindakan tidak puas hati dari diri aku, sebabnya tugasan yang diberikan agak tergesa-gesa dan aku pulak saja-saja melewatkan dan buat mudah tugasan tu. Jadi, permintaan untuk disiapkan jam 2 petang semalam, tertangguh sebab tidur tak hingat dunia.

(more…)