September 14th, 2011 » anasxz
Semalam suatu mesyuarat di bawah portfolio saya telah diadakan. Persedian menghadapi agak baik sebab teks ucapan telah saya sediakan di petang hari sebelum mesyuarat diadakan pada sebelah malamnya. Hal-hal lain yang menjadi agenda mesyuarat telah siap ditulis dan diedarkan kepada setiap ahli mesyuarat.
Saya mulakan dengan al-Fatihah, sedikit muqaddimah dan seterusnya bercakap berpandukan teks. Permulaannya dengan ucapan terima kasih atas kehadiran, penganjuran program awal bulan lalu, kelangsungan operasi premis di bawah seliaa dan seterusnya mengumumkan insentif (bukan inisiatif) akan diberikan kepada semua ahli mesyurat (baca: AJK). Saya juga mengucapkan selamat datang kepada boss baru walaupun tanpa kehadiran. Akhirnya saya membuka rahsia berkenaan isu yang akan dibincangkan sebelum ada orang mempersoalkannya.
Giliran bendahari membentangkan laporan. Saya cuba untuk memberikan ahli mesyuarat fokus kepada mesyuarat. Bukan sekadar tetapi tahu apa tugasnya. Walaupun hanya melihat, tetapi tahu juga membuat. Saya memberikan penjelasan agar bendahari membentangkan laporan pendapatan dan perbelanjaan sejak dia mengambil tugas tersebut. Setiap angka Egyptian Pound ditulis pada white board dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Sedikit penjelasan berkenaan mengapa pendapatan dan perbelanjaan turun dan naik, ke mana wang dibelanjakan dan dari mana hasil pendapatannya.
Agenda terakhir ialah hal-hal lain. Tiada perkara berbangkit kerana tiada minit mesyuarat yang lepas. Saya terus membangkitkan isu tentang rahsia tadi iaitu menggunakan kemudahan tanpa pengetahuan ahli mesyuarat. Saya cuba mendapat penjelasan dari semua ahli mesyuarat. Hasilnya, kemudahan itu tidak menyebelahi mereka. Saya menarik nafas lega. Saya juga memberi izin untuk mereka gunakan. Isu itu selesai.
Nota: Ini tulisan lama yang tidak dipublishkan sebelum ini kerana cerita tak abis. Tulisan ini pun masih tidak lengkap.
September 14th, 2011 » anasxz
Semalam cuaca sangat panas. Mula bertolak dari Abbasiah, menunggu bas, naik bas, turun bas, naik metro, dalam metro, semuanya memang mengeluarkan peluh. Sangat panas. Memang pun panas sebab sekarang ni musim panas. huhu…
Aku ke mansurah ngan kawan, cadangnya bertolak awal pagi, tapi dah tido lewat malam tu, terpaksa la tunda ke tengahari. Terpaksalah menghadapi cuaca yang panas lagi membahang. Mujurlah dari Kaherah ke Mansurah naik ketapi berhawa dingin. Lega lah sikit. Tapi membara jugak, sebab hampir 4 jam dalam ketapi yang jauh perjalanan 140 KM. Ketapi tu ke Tanta dulu, baru ke Mansurah. Aku silap tak tengok dulu pergerakan ketapi tu di Egyptrail.gov.eg
Hampir pukul 5 tiba di Mansurah, singah solat zohor dan asar di masjid, makan di Sikkah, dan beli barang sikit kat situ dan di Salam. 6 petang patah balik ke masjid tu, rehat kejab… kul 7.30 aku ke Tallagah untuk naik van ke Iskandariah. Azan maghrib, aku solat dulu lepas tu baru naik van..
Van bergerak, oh ke Tanta dulu dan terus ke Iskandariah. Tiba dekat jam 12 tengah malam. Naik lak van dari stesen van tu ke ‘Asafirah. Aku berhajat untuk bertemu kawan dan kirim sedikit barang untuk keluarga, dia balik mesia esoknya paginya. Call punya call tak dapat, tak tau la dia tutup henpon atau takdak coverage. Aku call sorang lagi kawan, tak angkat. Call nombor kedua tak dapat, tutup atau coverage…
Aku tekad jugak ke rumahnya, sampai di rumahnya aku menjerit panggil nama dia yang duduk di tingkat 5… tiba-tiba lampu bilik dia terpadam.. 3 kali aku panggil, tak jawab. Aku tekad untuk balik ke Kaherah. Sudah jam 2 pagi time tu. Perut pulak nak makan, aku singgah beli kusyari.. tiba-tiba ada call masuk, oh kawan yang aku mintak untuk tumpang tido umah dia.
Nota: Ini tulisan lama yang tidak dipublishkan sebelum ini kerana cerita tak abis. Tulisan ini pun masih tidak lengkap.
September 7th, 2011 » anasxz
Boleh kah kita kejar dua dua. Maksudnya kejar dunia dan akhirat.
Dengar ustaz ceramah kata tak boleh.
Contohnya cam ni, orang yang banyak berzikir, duduk saja di tikar solat, kuranglah dunianya. Maksudnya secara logiknya duitnya kurang la.
Yang berniaga, siang malam pagi petang, banyaklah dia dapat dari dunianya. Lihat kepada logik, dunia dapat lebih.
Kalau nak seri macam mana? satu hari makan 5 pinggan nasik, tapi kuliah pengajian satu hari sekali ja. Tak leh seri macam tu. Jika dihitung, dunialah lebih.
Jadi, nak kejar dua dua? Boleh, tapi mesti ada yang kurang ada yang lebih.
Bertindak lah secara adilnya.
September 7th, 2011 » anasxz
Semua manusia nak hidup aman. Dalam kata lain, hidup dengan jaminan keselamatan. Pelbagai cara manusia sekarang buat untuk hidup selamat, seperti;
1- Takaful
2- Insurans
3- Grill
4- Alarm
5- Guard
6- Gold
7- Duit
8- Rumah Batu
9- ABS
10- dan sebagainya.
Adakah ini jaminan kepada kita?
Macam mana nak hidup aman tanpa melibatkan banyak kos?
Tunggu.
August 25th, 2011 » anasxz
Apa 3 perkara tu? betul kah jika mengelak daripadanya boleh jadi maju?
jom kita tengok;
1. blame
2. excuse
3. not responsible
kalau suruh buat kerja apa pun, jangan ada 3 perkara ini, insya Allah boleh maju.
Betul atau tidak itu cuba dulu lah.
August 5th, 2011 » anasxz

Alhumma ballighna Ramadhan. Amin. Alhamdulillah dah masuk ramadhan. Lagu mana kita? Apa plan?
Tak ada plan lain. Taqwa saja. Taqwa bukan takat solat cukup, tapi kena tambah lagi benda2 lain.
Contohnya macam ni. Kita suruh kawan kita pi beli beras. Dia pun beli, bawak balik beras. Kita hanya kata terima kasih. Kes kedua, kita suruh kawan kita pi beli beras. Dia bukan saja beli beras yang kita nak, tapi beli lagi beras yang sekilo 10 ringgit. dia bawak balik beras. Kita kata terima kasih banyak2. ni yang aku suka ngan hang.
Macam tu jugak Allah taala perintah kita. Bukan saja buat apa yang DIa suruh, tapi ditambahlagi dengan benda2 sunat. Baru la mantap. Mcm keta kalau takdak aksesori, mana smart.
Ramadhan gai hoo…
moga kita semua dpt yg 3 tu.. maghrifah (pengampunan), rahmat dan itqun minan nar (bebas dr neraka)