Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Penipuan CIMB

dah banyak kali terima emel mcm ni. tapi kali ni lebih licik.

Kena berhati-hati dan banyak2 baca bismillahi tawakkaltu ‘alallah..

Ajar entah lah labu

Entah apa yang aku ajar budak. Dari 30 mei sampai hari  ni, kami ada buat kelas intensif untuk pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab. Fokus kami bukan tujuan untuk peperiksaan tapi untuk mengasah kemahiran. Selain itu motivasi untuk suruh diajar kepada orang jugak kami tekankan.

aku kata entah sebab inilah kali pertama aku mengajar dalam jumlah yang ramai. Sebelum ni ajar bab quran saja, boleh lah tahan. tapi kali ni masuk bab bahasa al-quran buat aku jadi pening.

tapi ada bagus jugak sebab banyak kali jugak aku semak buku. dari situ aku dapat jugak ilmu baru. selain dapat bekal masa ikut kawan mengajar tusyen, aku guna cara dia untuk mengajar.

aku pasti, aku yakin semua orang bermula dengan 0, dan pasti tidak akan bertukar menjadi negatif satu. sebab itu aku yakin dengan zero akan buat menjadi 10000.

Mengajar Bahasa Arab

2. Konsep pembelajaran bahasa Arab diperingkat PMR dan SPM. Belajar bahasa Arab diperingkat sekolah bukan bertujuan untuk menjadikan seorang pelajar itu pakar linguistik yang mahir dalam setiap aspek teknikal bahasa Arab, tetapi bertujuan menjadikan sesorang pelajar itu boleh berbahasa Arab bagi tujuan komunikasi mudah bagi mendapatkan maklumat dan memberikan respon melalui kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

3. Pelajar yang dapat membaca al-Quran dengan lancar dikira sudah melepasi tahap pertama dalam belajar bahasa Arab iaitu tahap menyebut huruf dengan betul melalui makhraj-makhraj huruf yang tepat. Orang yang membaca atau menyebut kalimah-kalimah arab dengan bunyi huruf-huruf arab yang betul dan menepati pula dengan kaedah panjang pendek dalam bahasa Arab, sudah dikira sebagai orang yang berjaya bertutur dalam bahasa Arab. Yang masih tidak berjaya ialah dia tidak mampu merealisasikan matlamat sesebuah komunikasi iaitu menghantar mesej kepada orang lain atau menerima mesej daripada orang lain, kerana tidak ada unsur kefahaman terhadap perkataan yang dituturkan.

Petikan dari: http://insansejahteracentre.com/index.php/2011/01/19/memahami-konsep-pembelajaran-bahasa-arab-peringkat-awal

Bagi aku, sesuatu perkara perlu mula dari nombor 1 atau huruf A. Begitu juga bahasa arab. setiap peringkat umur ada cara untuk mengajar. peringkat dewasa lebih senang untuk kita ajar sebab mereka dah faham situasi dan senang bermotivasi cuma ada banyak komitmen.

Aku nak mengajar bahasa arab.

hosting masuk virus iframe

Ini yang memeningkan aku, file dalam hosting kena inject dek kod2 hampas yang mengacau laman web. Macam mana depa buat pun aku tak tau.

Masalahnya kalau buat ada balik. Dah tu pulak, bukan satu dua file dia kacau, banyak file. Tak larat nak check satu2. Sudah lah pc aku takdak antivirus.

Mungkin virus seronok nak masuk sbb lama tak update. Tah la. tengok la berapa hari nak tahan selepas buang ni.

tengok contoh2 kod bawah ni.

Iklan Soya

Iklan ni menarik. Di sebalik iklan, ada jugak tulis nasihat kepada pengguna iaitu suruh jaga kebersihan. Dari itu aku dapat idea nak buat iklan, tapi dalam masa yang sama ada mesej yang kita sampaikan.

Dah lama tak blog, tiba-tiba terus cakap bab iklan. Sebenarnya lani dok cuba-cuba berbisnes. Kalau masuk tak tau susah ka senang. kalau tak cuba tak akan guna otak untuk nak fikir. Dah tu timbul lah macam-macam masalah. Dari situ kena perah otak nak fikir dan dalam masa yang sama banyak berdoa.

selamat beriklan.

Melapangkan di lapangan

Antara turun ke lapangan dan mendarat di lapangan itu berbeza. Susah sebenarnya nak menyesuaikan diri berada di lapangan. Pelbagai kekangan, terutamanya ilmu dan keyakinan.

Cuba ubah niat untuk terus di lapangan itu, yakinkan diri dengan janji yang akan diberikan, cuba meneruskan.

Mula pada pertengahan bulan januari hingga kini, aku dapat. Dapat yang tidak dapat sebelum ini.

Semoga terus di lapangan.