Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Yakinkan diri sendiri

Susah betoi nak masuk proses transisi dari alam melepak ke alam buat kerja. dulu pun buat keja jugak, tapi banyak kerja depan PC saja.

Dulu kalau hilang semangat nak stadi aku layan lagu XPDC semangat yang hilang.. mai la sat semangat. pastu hilang pulak. tak tepat caranya tu nak pulihkan semangat, tu yang hilang pulak.

La ni semangat ada dah tapi tak dak keyakinan pulak. dengar lagu fikirkan boleh pulak ka? erm.. boleh jugak lah.

Tapi ada satu lagu ni aku rasa boleh kot. Lagu rasmi pasukan bola sepak negeri kedah. macam mana boleh?

Yakinlah diri sendiri
Berjuang sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Bila jasa menjadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau, kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau, kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau, kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau, kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Status Pekerjaan (Oktober - Disember 2010)

Salam semua. Apa kabar? harap sihat dan sentiasa jaga kesihatan sebab badan sihat mudah untuk beribadat.

Ok. Baru habis belajar ni kan, mestilah kena cari kerja pulak sebab nak cari duit. Aku cari jugak kerja, mintak 2 3 tempat. Tapi nak tunggu dapat 2 3 4 5 bulan jugak nak tau dapat atau tidak. Dah tu, kena lah create kerja-kerja yang berfaedah walaupun tak dapat jana duit.

Sejak sampai mesia pada 19 Oktober 2010 yang lalu, 2 3 kerja dah aku buat. Tapi masih peringkat permulaan orang kata. Duit tu jangan tanya dapat ka dak. Apa yang penting bagi aku, aku nak ceburi semua bidang dan lepas tu insya Allah akan nampak potensi untuk terjun sepenuhnya dalam salah satu bidang tu.

Ok lah. Kerja apa yang aku dah buat? banyaknya kerja-kerja rumah, bukan cuci baju, bukan cuci rumah, bukan jadi suri rumah dan pokok pangkalnya bukan kerja-kerja yang seorang wanita buat kerja dalam rumah. Kerja apa tu? kerja2 di kawasan rumah jugak. Contohnya cuci longkang, tebang pokok, sapu sampah sikit-sikit dan lain-lain.

Keja pebaik van pun boleh jadi kerja aku jugak. Mana tidaknya, dah minat lagi pun dengan van tu lah aku pi sana sini masa kecik2 dulu. Jadi jaga pi lah tumpang ada. perkemas wiring ja yang ayah aku dah buat sambil pekemaih apa patut, wiper, clutch dll.alhamdulillah, baru2 ni sampai jugak perak. van tu dah dekat 3 4 bulan tak jalan. reput gak sikit.

Sekali-sekala adik aku ajak jugak pi teman dia berniaga. Hurm memang segan gila. Tapi 2 3 kali pi rasa tak kekok sangat. Orang kedah kata koi-koi nak gheti. kan berniaga tu sunnah nabi (ceh, klu boleh duit baru nk ikut sunnah).

Sempat jugak aku pebaik peti ais yang dah lama sepuk kat tepi rumah. Peti ais tu dah lama terbiar dek kerana mak aku beli peti ais baru. adik aku isi barang2 moto dia dalam tu. Peti ais tu katanya rosak, tapi dah lepas beli peti ais baru, barulah tau yang peti ais lama tu elok. Peti ais yang lama tu aku cuci dan suruh adik aku sembur cat. Boleh la guna balik dan letak di umah satu lagi. xdoh beli peti ais baru dah.

ada satu lagi peti ais jenis freezer, tak sempat nk siap buat dia punya body, takat buat kaki dia ja. pasni nk kena selesai dan cat sekali. satu lagi freezer pun kena cat jugak kasi baru sikit.

Terbaru aku buat kerja-kerja welding pulak, pebaik meja dan payung menega sebagai persiapan untuk menega konon-kononnya. sebelum ni penah guna utk menega. payung ja yg rosak. meja tu modify sikit. kerja ni ambik masa lama sikit sebab tak leh nak wat tak tentu hala sebab keja tu bising dan ganggu orang. kesian jiran. meja nk kena cat sikit sbb karat.

Keja yang besa dah buat masa aku sekolah menengah dulu iaitu bercucuk tanam. Baru ja tanam 2 3 jenis sayoq. baru nak tumbuh, tak sampai seinci lagi. target aku mensifarkan mak aku dari membeli sayoq di market kecuali yang aku tak tanam. satu lagi nak buat menega pokok sayoq tu, bukan nak juai sayoq. juai murah2 jadi la, beda orang tak makan sayoq di market yang kena semboq racun tah hapa-hapa.

pandan belakang umah dah buang, nk kena tanam lain. sulam jugak dengan ulam-ulam, kangkong pa sikit. baru semai benih kacang kelisa ngn bendi. xtau la tumbuh ka dak. benih cabai tak tumbuh lagi.

insya Allah, nak buat reban ayam pulak pasni. bela beda nak bagi bunyi kawasan rumah ja. 3 4 ekoq jadi dah. beda teloq dia ngan nasik tak habih. jimat tak gadoh beli teloq ayam dah.

sebelum ni ada gak keja 3 4 hari rasanya pi giant alor setar jaga kedai. aku cemuih dan tak berapa sesuai dengan aku, aku tarik diri. pulak baru2 ni jumpa tokey dia mintak pi balik. aku kata boleh. tapi part time ja. full time xlarat. bila aku nk pi taktau la. bagi siap keja2 umah dulu kot.

keja driver dan runner pun ada jugak sikit-sikit. tapi tak selalu. driver orang rumah ja.. pastu runner barang hantar ke pejabat pos.

tugas aku sebenarnya dengan masyarakat aku tak buat pun. pi ngajaq ka, ikut usrah ka.. ikut program ka, handle program ka aku tak pi.. ada ja program.. tapi tah.. masih tak diizinkan kot. ada la pi sekali dua.. pastu tuang. ish nak kena ikut jugak..

oh ya sasaran status pekerjaan 2 bulan akan datang? penulis artikel ilmiah, pereka seni grafik, pembangun laman web, pengiklan, promoter (sama la pengiklan ngn promoter), pendengar kuliah dan ceramah (penceramah to be), peniaga tegar dan hamba terbaik di sisi Allah taala.

Akhirnya, selamat tahun baru hijri dan miladi kepada semua. Ubah lah diri anda. Anda mampu mengubahnya.

Download Clip Video Maher Zain 2010 (HQ)

Maher Zain’s Official Clips Video from awakening records.

1) Video Maher Zain Insha Allah (English Version)

Download Here

2) Video Maher Zain İnşallah (Türkçe Version)

Download Here

3) Video Maher Zain Insha Allah (Arabic Version)

Download Here

4) Video Maher Zain - Inchallah (Français Version)

Download Here

5) Video Maher Zain The Chosen One

Download Here

6) Video Maher Zain Palestine Will Be Free

Download Here

*required Java

Dari Mesir ke Malaysia (2)

Salam semua. Maaf dah lama tak update. Bukan malas, tapi mood untuk update tu kurang walaupun idea dah ada. Ok sambung cerita sebelum ini.

- Perompak Airport

Perompak airport ini adalah polis sebenarnya terutama yang menjaga sebelum passenger nak masuk ke check-in area. Di kaunter check-in tu ok dah.

Sebelum masuk tu, luggage kena scan dulu, time tu lah perompak-perompak ini akan pau duit. Macam-macam la alasan dicipta untuk meyakinkan kita bahawa ada barang yang tak dibenarkan ada dalam luggage tu. Jadi, kita perlu mengeluarkan barang tersebut.

Untuk mengelakkan masalah itu, passenger terpaksa suap sikit. Ikut pada duit yang dipegang passenger atau yang diseluk dalam sakunya, kalau EGP 100 yang dapat, jumlah itulah yang diserahkan kepada perompak.

Saya dah terkena. Alasannya bawa perfume dan barakah (kapsul habbatus sauda’). Dah tau pun.

Itu di Airport Cairo. Airport lain tak pasti pulak macam mana.

Apa pun, dah nak tinggalkan Mesir, berapa jumlah duit pun sanggup bayar.

- Konvokesyen

Sebelum balik hari tu, majlis penghargaan graduan atau konvokesyen ni dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Kebetulan aku grade tahun ni, jadi ada lah peluang masuk konvo walaupun tiap-tiap tahun masuk konvo.

Untuk masuk konvo sebagai peserta perlukan bayaran. Tapi aku tak daftar dan tak bayar sebab masih nus-nus (taraddud atau confius). Walaupun aku jaga pendaftaran, tapi aku sendiri tak masukkan nama.

Walaupun begitu, aku tetap jugak masuk dewan atas posisi jawatankuasa. Biasa lah, jawatankuasa ni sedikit sebanyak kena jugak komunikasi dengan pekerja arab yang jaga dewan tempat dilaksanakan majlis penghargaan tersebut.

Pagi majlis konvo tu ada sedikit clash berlaku antara aku dan orang yang menguruskan teknikal dewan. Mereka tak buat persiapan. Pagi nak mula majlis tu baru lah kalut nak siap-siap. Jadi bertembunglah dengan apa yang kita dah ready.

Apa pun aku tak dak ambik hati pun kes tu sebab arab punya perangai gaduh apa pun tak dak dendam. Kira macam tak dak apa lepas tu. Buat bodo saja.

Oh ya. Konvo hari tu aku pakai jugak jubah yang terpaksa kena tempah. Sudah lah tak iron, aku dengan selambanya menyaruk jubah dan pi tangkap gambaq merata cerok. Kamera takdak pun, tibai hat orang ja.

softcopy gambar konvo tu aku tak ambik langsung. Harap ada kot yang simpan.

Ok lah. takat tu dulu cerita. Takreti dah nak cerita.

Wassalam

Dari Mesir ke Malaysia

Kalau di Mesir, tak update blog ada alasannya. Di Malaysia pun sama, ada jugak alasannya. Tapi nampak lebih kurang sama sebab aku masih dalam keadaan ‘free’ dan tak kalut mana. Cuma tak bebas macam dok Mesir boleh pi mana saja dengan hanya naik tramco, bas dan teksi.

Di Mesir alasannya susah nak internet, dah mudah internet kerja lain pulak yang dibuat. Sama jugak di Mesia, internet dah ada, idea dah ada, cuma tinggal time nak update ja . Ni aku cuba jugak update.

Banyak cerita sebenarnya nak diarkibkan dalam blog ni, cerita saat akhir berada di Mesir, kemudiaan kenangan-kenangan yang indahnya tak la selalu. semuanya cerita2 tu jadi ingat lupa ingat lupa saja sebab lambat nak mengarang masuk dalam  blog ni.

Cuma boleh buat point supaya tak lupa jugak cerita di Mesir  ni antaranya;

- Menyertai jamuan kesyukuran bersama Ust Fadil Abd Rahman dan Rashidi di Rumah Kedah Baru Hayyu Sabiek. Aku hanya bagi duit dan depa urusakan semua. Nampak gaya tu macam zalim ja aku ni, tapi kudrat aku takat tu ja kot. Nak buat independent rasa macam susah ja. Alhamdulillah, depa terima aku untuk turut bersama mereka. Terima kasih banyak-banyak. Tima kasih jugak kat tuan rumah Tuan Sheikh Yusuf aka ABAH atas kesudian guna rumah beliau. Barakallahulakum.

- Ada jugak kengkawan yang sanggup wat majlis farewell aku pulak, sedia-sedia makan semua, kumpul orang dan sanggup tunggu lama sebab aku mai lewat. Aku zalim jugak kat depa sebab janji tak tepat sampai lah akhirnya aku mai jugak. Hari tu sebab apa tah aku lewat aku sudah tidak ingat. Itu lah sebab tak tulis blog awal-awal. Terima kasih jugak kepada mereka.

- Wah dapat claim setahun punya khidmat. Alhamdulillah. Moga berkat lah duit-duit claim tu. Segan jugak sebenarnya nak mintak claim tu. Tu yang buat-buat lambat ja. Sian orang account nk buat, sebab takut claim yang aku buat tu dah tutup akaun, jadi akan menyusahkan dia nak cari jalan setelkan masalah tu. Tapi Alhamdulillah, cepat pulak diluluskan disebabkan aku dah nak terbang balik Mesia. Banyak jugak tu. 1/3 dari duit tu aku beli sebuah desktop untuk bawak pulang ke Malaysia. Kitab tak jugak dibeli. Balik Mesia tak pakai mana pun, pakai laptop jugak.

- Azam tak mau ingat lagi Mesir. Aku berazam sebenarnya sebelum balik Mesir hari tu dah tak mau ingat lagi Mesir. Tapi kekadang terlintas balik supaya aku pergi semula ke Mesir. Itu masa mula-mula sampai Mesia. last-last Pikir punya pikir, aku susah untuk terbang semula ke Mesir. Aku perlu sediakan wang sebanyak RM5 ribu untuk ke sana. Aku boleh ingat kembali negera tu bila aku dengar ‘Iza’atul Quranil Karim minal Qaherah’ [Radio Quran Kaherah] melalui online. Cara itu sahaja aku berikan peluang kepada jiwa aku untuk berada di Mesir. Untuk kembali tengok piramid, merasa sesak di Kaherah, merasa musim tersangat sejuk, mandi air sejuk, naik bukit sinai dalam keadaan sejuk, naik tramco laju, naik metro yang panas dan melepak di CS, aku tidak benarkan. Takpa2.. tak serius pun sebenarnya. Besa ja.

Itu sahaja setakat ini. Insya Allah sambung lagi di bahagian dua antaranya perompak airport dan konvo…..

Ucap salam kepada ulama’ dan sahabat

Sambung cerita sangka buruk yang lepas.

Nak dijadikan cerita, hari jumaat tu aku diajak oleh kawan untuk ke Mansurah. Dalam masa yang sama untuk ziarah maqam ulama’ (Sheikh Mutawalli Sya’rawi rahimahullah) dan sahabat nabi (Muhammad bin Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu’anhum) di Qaryah Daqadus dan Mit Damsis berdekatan dengan Mansurah.

Alhamdulillah. Aku rasa itu kot petanda aku mimpi 2 hari sebelum tu. Sudah lama berniat untuk ke maqam itu. Tapi, Allah taala telah mentaqdirkan aku pergi mengucapkan salam kepada mereka.

Cuma sayang, tak sempat untuk stadi lebih lanjut berkenaan ulama’ dan sahabat nabi yang dilawati.

Puas juga sebab dapat rasa suasana kampung dan petik buah anggur. Pengalaman yang aku tak mimpi pun, tapi dah lalu di kebun anggur, singgah pi lah.

ok. itu sahaja. gambar aku tak dak sbb tak dak kamera. semua gambar ada dalam kamera kawan. cukup cerita saja. ketinggalan zaman jugak la sbb masih guna teks kosong lagi tanpa ada visual. hehe.