Hari khamis baru ni (23 September) ada mimpi lain dari yang lain. Tapi tak mau tengok apa tafsir mimpi tu. Tapi dok harap terbaik saja lah walaupun mimpi tak best dan takut. ceee.. sangka baik la.
Pagi tu pi kerja macam besa. Kat ofis rasa tak sedap + lapaq. Minum ayaq saja. Tak makan kot rasanya. Tak hengat dah. Balik tu cadang nak naik teksi terus ja sebab tak larat. Pastu hari khamis sama. Tapi tak jadi jugak, pi stesen cairo u dan naik metro di situ dan turun di mubarak aka ramsis.
Di ramsis depan masjid fath tu macam besa orang ramai. Selalu kalau nak pening ni kena pi minum air tebu. Tapi duit time tu tinggai segenih ja. satu duit lagi LE 100. kalau beli air tebu takkan nak bayar tambang van satgi dengan LE 100. Last2 takdan berapa saat pun dok depan masjid tu aku terus tahan teksi.
“hayyu sabiek”. aku habaq nama tempat aku nak tuju yang kebetulan teksi tu pasang air cond dah. Duit LE100 tu aku nak pecah kat kedai perlis bila sampai.
Teksi jalan, aku tak perati pun meter dia. sampai kat simpang salah salim baru aku perati meter dia. macam pelik sebab meter tu agak laju dia punya digit tu bergerak.
Tapi memang agak pelik, sebab meter dia tu dah tercabut dawai yg ikat skru meter tu. Mesti dia dah bukak. Aku tak perasan yang aku sangka buruk.
Sampai satu stesen minyak, aku suruh benti sebab aku nak tukar duit kat situ dan aku nak turun di situ. Dah dapat tukar aku bagi duit kat dia LE 10. Bacaan meter masa turun tadi baru LE 9. Aku malas nak panjangkan cerita, aku biarkan saja duit baki dia ambik. Lagu tu lah arab mesir, kalu kita tak bertimbang rasa segenih punya cerita angkut habis orang kat situ join sama bertengkar.
Aku terus ke jalan untuk tunggu van ke sabiek. Oh ada datang, tapi dah penuh tak ada tempat duduk, tapi diberi seat kondukter. Ah naik saja. Ada orang turun aku ambik seat depan. Opss tak sedar..ada
Alamak, timbul persoalan lagi adakah itu satu rezeki, terduduk sebelah awek arablah pulak, tak pakai tudung, sheksi tu tak daklah sheksi sangat, sheluar ketat sikit. tapi aku seluk poket kiri nak ambil duit tambang tu terkena dia jugak lah. Shudah lah. Rejki lah tu.
“Huwa Dafa’ lak”. Kondukter tu bagitau kat aku masa aku sua duit nak bayar tambang. Aik? sat ja Allah nak tunjuk. Allah taala bagi balik segenih tu. Alhamdulillah. sangka baik. Allah nak bagitau sabar tu pembuka jalan.
“Haddi nazil ablasabiek?”. Driver bagitau kt penumpang yang nak turun sebelum stesen akhir hayyu sabiek sebelum dia kona masuk jalan bukhari (shortcut ke stesen akhir sabiek).
Aku nak turun kat nuri khattab. Aku bagitau driver. Driver kona jugak masuk jalan lain. Aku melantakkan saja lah. Oh driver benti dan panggil van lain untuk bawak aku ke nuri khattab. Aku malas jalan ke van tu (dok shebelah awek kot tu yg xheran nak jalan jauh lepas tu).
“Khalas”. Aku bg tau driver yang aku tak mau naik van tu. Khalas tu sudah la maksudnya.
Sampai stesen akhir hayyu sabiek aku pun turun, lepak lama jugak kat situ menunggu van atau bas yang sesuai untuk aku naik. Bukan nak pi jauh pun, jalan sekilo dua sampai dah.
Ok sambung lagi pasni…






