Sunday, 5th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Belajarlah sabar

Susah betoi nak belajar sabar ni. Lagi-lagi nak dekat dengan bulan yang penuh dengan ujian - bulan Ramadhan. Sejak-sejak ingat butang pause ni banyak pulak ujian datang. Berkarenah dengan arab ni biasa lah, banyak sangat nak kena ingat Tuhan bila ujian menjelma. Semestinya setiap hari ada saja ujian datang. Cuma berat dengan ringan sahaja.

Tabiat orang melayu ni jarang bertengkar atau bertikam lidah dengan arab. Tapi ada yang jenis pantang dikenakan dek arab ni. Pasti dia lawan punya sampai puas hati. Pesen arab ni susah nak mengaku kalah, tak rasa bersalah dan tak buat muka orang bersalah. Jadi, kena belajar bersabar, kalau tidak memang tak selesai cerita.

Padan lah firaun dapat bina bangunan dengan batu-batan yang keras, sudah pastilah pekerjanya dari kalangan yang gagah dan tahan ‘keras batu’ tu. Jadi, arab Mesir sekarang ni sedikit sebanyak ada sifat-sifat tu.

Sampai mana nak sabar? Sabar pembuka jalan yang luas. Allah bersama orang yang sabar. Oh banyak lagi kelebihan sabar.

Sabarlah sampai kita boleh bersabar.

Zikrayat Julai 2010

Julai 2010 ini banyak memberi kenangan kepada diri saya. Sebelum ia hilang dari ingatan saya - yang mudah lupa ini - lebih baik saya ukirkan ianya di sini.

Tak pandai pula nak menulis dalam skema begini. Tapi cuba juga hendak menulis. Ok cuba lah.

9 Julai yang lalu, diadakan satu majlis pelancaran buku profil tentang pelajar Malaysia di Mesir. Saya ditugaskan untuk menguruskan teknikal tersebut. Alhamdulillah program berjalan smoothly dan mengambil masa tidak kurang 1 jam. Tak sangka pula program simple begitu, gimik pelancarannya nampak hebat. Program ni memang ‘thumb up’. Tahniah untuk Zaidi dan rakan-rakan.

Tapi sebaliknya berlaku pada 16 Julai, program bengkel keusahawanan berpusing 360 darjah. Kelam kabut dan menjatuhkan maruah saya sebagai ketua teknikal program. Tidak sangka terjadi begitu. Sebenarnya berpunca dari diri sendiri juga yang mengambil jalan mudah dengan ‘buat kerja sorang-sorang’. Untuk mengelakkan dari membebani orang lain, habis rosak kesemuanya.

Namun, Alhamdulillah pada 23 dan 24 Julai, program bengkel penulisan dan seminar ijazah tinggi berjalan dengan baik. Walaupun ada beberapa masalah tetapi dapat diselesaikan dengan baik. Dengan bantuan pelajar Ijazah Tinggi Universiti Malaya yang sedang berkursus di Kaherah, kerja-kerja saya menjadi ringan sangat. Sehinggakan saya hanya menjadi pemerhati. Tak perlu ke sana dan ke sini lagi.

Selain itu, pada 25 Julai dapat pergi ke Fayoum buat pertama kalinya sepanjang tinggal di Mesir selama beberapa tahun. Fayoum adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Kaherah. Memang besar sekali Tasik Qarun. Jauh juga perjalanan menelusuri sepanjang tepi tasik tersebut yang airnya bau busuk. Walaupun begitu, tetap juga menjadi sumber rezeki penduduk tempatan. Alhamdulillah. Tanah di Fayoum subur, sebab itu banyak kebun dan tanaman di sana.

Oh, kenangan yang tak patut dikenang pun ada jugak. Tapi tak boleh nak cerita sebab memang hampeh ceritanya.

Terima kasih kepada yang sudi membawa diri masuk dalam kenangan sepanjang Julai ini, juga kepada yang membantu sehingga terciptanya kenangan ini.

Cukuplah kenangan ini menjadi iktibar dan panduan. Manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Ucapkanlah Terima kasih

Selalunya yang suka ucap terima kasih ni dari kalangan orang perempuan. Orang lelaki ni jarang sikit ucap terima kasih khususnya bagi perkara yang biasa dan lazim.

Orang perempuan memang cukup peka terhadap ucapan terima kasih ini. Tetapi kenapa tidak lelaki? Entah lah. Mungkin kaum Adam ini tidak sensitif dan memandang ringan perkara-perkara kecil.

Sepanjang pemerhatian aku dan sering juga bermuamalah dengan kaum Hawa ini, ucapan terima kasih menjadi suatu kepekaan bila mereka menerima apa-apa dari kalangan kaum Adam malahan dari kaum Hawa sekalipun. Berbanding kaum Adam yang kekadang malu nak ucapkan terima kasih, baik sesama kaum Adam atau kaum Hawa.

Ucapan antara 2 kaum ini menjadi subjektif dan agak susah mencari solusinya. Cuma, letakkanlah ucapan itu sebagai tanda penghormatan dan penghargaan antara 2 pihak, si penerima dan si pemberi. Bukankah itu lebih baik. Tidak perlu takut dengan ucapan terima kasih ini. Bukan suatu cara terhebat untuk mengorat.

Pelbagai ucapan boleh digunakan, dan bukan sahaja ucapan ringkas ‘terima kasih’ itu. Syukran, Mutashakir, Mutashakir giddan dan sebagainya. Terima kasih kekadang disalah ertikan dan kekadang dijawab dengan ‘kasih tidak diterima’ atau ‘kasih diterima’ atau ’sama-sama kasih’ dan sebagainya.

Jadi untuk lebih suci, murni dan bersih niat dan hati si pemberi ucapan dan penerima ucapan, ucapkanlah dengan lafaz biasa dan serius.

Jom jayakan kempen ‘1bulan 1adabKelab Generasi Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Ucapkanlah terima kasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kenangan pahit

Hari ini tercipta satu lagi kenangan pahit aku sepanjang Julai ini. Aku tidak mahu menceritakan apakah kenangan pahit itu. Tidak elok jika diceritakan. Maaf kalau pembaca tersalah anggap yang cerita kenangan pahit itu ada dalam enteri ini.

Moralnya, banyakkan sedekah, redha menerima sebarang ketentuan, tidak ambil mudah menuduh orang tanpa bukti dan betapa azabnya menanggung malu. Biar pun sikap orang Arab Mesir yang tidak tahu bahasa tentang ‘muka tebal’, tetapi bagi orang Melayu tetap rasa.

Anggaplah ini satu ujian untuk diri aku setelah melalui ujian pengurusan baru-baru ini.

Salam.

cepat update lah, dah letih

Banyak hari tak update blog. Nak update sebab perlu untuk catatkan apa-apa sahaja yang berlaku walaupun dah banyak lupa sepanjang julai ini dalam menguruskan kerja-kerja penganjuran 4 program.

Belum pun habis julai, tapi macam-macam perkara saya dapat, melalui perbuatan sendiri, orang lain, penceramahan, pengadilan dan pelbagai lagi lah. semuanya itu adalah ukuran kepada nilai matang saya.

Banyak lagi kelemahan dan kesilapan yang wujud dan yang berlaku. Hampir kesemuanya adalah dari diri sendiri.

Tak tau sudah nak tulis apa. Cuma, Julai ini memberi pukulan dahsyat buat saya kerana memberi tanggungan masalah terbesar setakat ini bagi saya. Biarpun orang melihat kecil, tapi bagi saya itu lah yang terbesar.

Letih dah. Tadi pegi fayyum dan sakkara. Maghrib baru sampai abbasiah ni.

Untuk seterusnya, ofis kena pergi sampai bulan 10, kerja lapangan kena disiapkan sebelum hari raya menjelma.

Salam letih…. bosan dah dengar cerita2 orang.

Sempoi, sudah lah.

Aku rasa dah tak selesa lagi guna perkataan sempoi dalam apa tugas yang aku lakukan. Rasa macam tak sempurna tugas tu dan rasa tak buat yang terbaik.

Oleh yang demikian, untuk tugas yang seterusnya aku cuba fikir dan usaha untuk buat yang lebih baik, buat sesempurna mungkin, buat bukan sekadar dalam ‘kotak’ tapi membuatkan kotak lebih besar.

Semua tu aku dapat inspirasi dari tugas persiapan untuk majlis pelancaran buku pada hari jumaat lepas. Persiapan yang aku nak buat sempoi saja, berubah kepada gempak dan ada gimik tersendiri.

Jadi untuk tugas seterusnya iaitu persiapan program bengkel hari jumaat ini dan jumaat minggu depan serta seminar pada hari berikutnya, aku memaksa untuk buat yang terbaik.

Sakit kepada dan letih badan jugak nak selesaikan tugas berganda ni, tapi sedaya upaya aku perlu cuba. Kalau tidak mencuba, bila lagi nak tau apa perasaan selepas selesai tugas itu.

Sempoi, sudah lah.

*Gambar ambil dari Facebook En. Khairi. Bergambar bersama buku selepas majlis pelancaran.