
Enteri ini berkaitan matematik bertajuk kos lepas ini adalah sebuah enteri yang akan mengira sejumlah kos (secara purata) sepanjang keberadaan saya di Mesir.
Setiap bulan 400 ringgit akan dimasukkan ke akaun TT (Telegraph Transfer) atau akaun bank biasa. Jika 400 ringgit kali 12 bulan sama jugak 4800 ringgit.
Jika 400 kali 12 bulan kali 10 sama jugak 48000.
Jika saya pernah mendapat zakat sebanyak 4000 ringgit tambah 4000 ringgit tambah 3000 ringgit tambah 4000 ringgit sama jugak 15000.
Jika saya pulang bercuti sebanyak 5 kali dengan harga tiket 2500 ringgit pergi dan balik sama jugak 12500.
Jom kira. 48000 tambah 15000 tambah 12500 sama juga 75500.
Betapa banyaknya.
Nilai sebanyak tu jika dibeli kereta, hanya dapat sebuah. Jika dibina rumah kos rendah, hanya dapat 2 buah. Jika dibuat untuk kenduri kahwin, hanya 4 kali kenduri. Jika diguna untuk buat masjid, hanya lantai sahaja yang dapat disimen. Jika wang itu digunakan untuk melancong ke seluruh negara, mungkin hanya habis di Jepun dan Amerika.
Namun, kenapa Allah taala memberikan nilai tu untuk aku berada di Mesir?
Ada yang Allah taala bagi dia nilai duit sikit tapi dia dapat nilai yang berganda.
Ada yang Allah taala bagi dia niai duit banyak tapi dia dapat nilai sikit.
Allah taala maha ‘adil. Kita saja yang tak tau. Ada yang Allah taala bagi banyak, ada yang Allah tala bagi sikit.
Kos lepas memang banyak. Kalau nak ungkit, memang kerja sampai hidup pulak pun tak leh nak bayar balik.
Pokok pangkalnya Allah taala yang tentukan. Kita cuma usaha saja.
Mak Ayah punya rezeki. Kita yang perabih. Hurm…
Enteri serabai (-_-)


Tadi masa makan nasi tengahari, suruh kawan bukak sat youtube nak tengok imam muda. Semalam kawan satu batch bagitau ada sorang kawan satu bacth sekali kamu jadi ‘mursyid’ imam muda. Erm. memang pun. Aku tengok kat majalah Al-Islam. Baguih2. Kerjaya tu.

Alhamdulillah. Hosting selamat dipindahkan dengan berlaku pelbagai rintangan. Namun, dengan kecepatan dan kemahiran support team hosting baru ni, mempercepatkan lagi urusan. Terima kasih banyak-banyak kepada support team IW.