Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Pakcik dan Makcik Petani

Apa aku nak cakap pun aku tak tau. Tengoklah pakcik ngan makcik ni.  Apa yang mereka sedang buat. Aku pun tak tau. Nak pegi tanya buat apa, nanti dia kata buat bodo.

Sebenarnya, depa ni pakcik dan makcik yang mengusahakan salah satu sawah di situ, pakcik makcik petani la ni, bukan sahaja ada sawah padi di kawasan mereka duduk itu, malah ada sawah bawang, sawah gargir, sawah makanan keldai, sawah gandum dan sebagainya. Kira mix la ni. Bukan Remix.

Mereka sedang berehat di  bawah panas matahari, bukan di bawah pokok. Sekitar mereka adalah jerami padi dan gandum. Jerami ini tidak dibakar begitu sahaja, sebaliknya digunakan lagi, antaranya untuk mengeringkan bawang yang dah dikutip. Bawang tu ditutup dengan jerami dan dibiarkan beberapa hari. Tak ada orang nak curi. Try la, mau kena kapak?.

Pakcik dan Makcik ni selalunya berpakaian hitam. Entah kenapa, aku pun tak penah tanya. Nak kata berkabung, tak jugak, sebab memang tiap-tiap hari kehitaman. Kalau berkabung memang hitamlah pakaian rasminya.

Pakcik tu pakai kepiah bawab di kepalanya, makcik tu pakai dia lah. Sebab, memang budaya mereka macam tu. tu sekali-kali tidak akan memakai kot atau neck tie, pakai rasminya tiap-tiap hari jubah dan kepiah tu. Makcik tu pun serupa, dressing tu lah dia kenakan untuk dirinya setiap hari. Sebabnya? mereka tahu itulah tingkat dan taraf mereka. Hanya boleh sebegitu. Nak menyemart tak reti atau tak mau tu aku tak tau, tapi semua macam tu.

Cuma jaga-jaga, mungkin pakcik tu keja polis.  Tak boleh dipandang rendah dan tak boleh buat lawak kat dia sembang-sembang politik.

Orang Mesia jarang komunikasi dengan pakcik-pakcik macam tu, dan selalunya pakcik-pakcik tu pendiam, tak banyak cakap. Yang banyak cakap ni orang biasa. Kalau dengan makcik ni orang mesia rajin komunikasi, sebab di pasar selalu makcik macam tu yang jual sayur gargir, sayur KUAT..  jaga-jaga…

Berhenti seketika kisah pakcik dan makcik. Bersambung…

Ini pakcik dari Aswan…bukan petani, tetapi sawwaq markib (pengayuh sampan)

2 Komen

  1. taqeyyabella :

    Terkenang aku waktu kita di Aswan. Banyak juga aku sembang dengan depa ni. Depa ni orang-orang Nubia. Agama dan adat masih kuat mereka pegang.

  2. anasxz :

    tu lah.

    memang teringat nak pi lagi aswan tu. seronok jalan2 naik beskal pusing west bank, jumpa orang nubian.

    rasanya musim panas ni tak ramai org sangat sbb h1n1 pastu ekonomi lembab. boleh la nak pi lagi.

    tp taktau lah, plan summer ni malas nak jalan2.. tengok la kalau org ajak pi, pi la kot…

Komen/Respon anda?