
Manusia ini tidak sama, maksudnya dari segi ideologi, pemikiran dan lain-lain. Tambahan dengan meningkatnya umur, meningkat pula ilmu yang dapat dan bertambah pula pengetahuan, sudah tentu, pemikiran dan persepsi pada sesuatu itu sentiasa berubah. Melainkan ia memang sudah ditetapkan dan tak perlu diubah. Itu tidak boleh diubah seperti kepercayaan kepada TUhan.
Berkaitan tajuk di atas, zaman mahasiswa begini, sering berlaku persalahan pendapat yang kekadang membuatkan emosi kita berubah naik dan turun. Persalahan pendapat berlaku ketika mana sesuatu perbincangan berlaku, apa-apa majlis, dialog, sembang malah di kedai kopi sekali pun, ia tetap berlaku.
Persalahan pendapat ini kita tidak dapat elak, sebab jenis orang yang permikiran kritis dan boleh sikit-sikit menganalisis ini semestinya akan mengeluarkan pendapat tersendiri apabila dia melihat kepada situasi atau mendengar kepada suatu pendapat. Kekadang ia hanya sekadar memberikan pendapat dan memenuhi kehendak yang suka untuk berpendapat. Jika diam tanpa berbahasa itu bukan prinsip kita. Apa perkara sekali pun pasti ada suara.
Namun dalam apa situasi sekali pun persalahan pendapat ini tetap ada ruang untuk kita bersepakat. Kemungkinan dalam satu perkara kita bersalah pendapat, dalam satu perkara lagi kita bersepakat dengannya. Untuk saya memberikan contoh mungkin agak subjektif. Saya hanya mampu mengungkapkan perkara ini boleh jadi kerana saya sudah pernah melaluinya.
Berilah ruang untuk orang lain bersalahan pendapat dengan anda, mungkin itu kelebihannya dan kemungkinan kita tidak tahu apa isi hati ia sebenarnya.
Perangai saya yang suka mengkritik dan selalu menimbulkan persoalan ini akan terpaksa hadapi walaupun ia bukanlah sikap dan cara yang orang semua suka, tetapi untuk membangunkan diri agar sentiasa kritis, itu mungkin caranya.

Tajuk yang sangat bagus. Bincang sampai bilapun takkan habis. ^_^
Masalah paling besar yang dapat saya kesan pada perkara ini tidak lain adalah SIKAP dan MENTALITI. Sudah sepatutnya sikap berlapang dada, menyelidiki terlebih dahulu dan mengelakkan prejudis serta SEEK FIRST To UNDERSTAND perlu ditekankan dalam masalah ini. Malangnya bukan semua orang boleh berfikir dan BERTINDAK sebegitu.
“Kita saling membantu pada apa yang kita sepakati dan kita bertoleransi pada apa yang bercanggah”
Samalah, sy pon suka mengkritik. y(^_^)y
December 7th, 2008 at 7:45 amchaq,
December 8th, 2008 at 9:37 pmtak guna bersalah pendapat selamanya sampaikan tiada langsung excuse. tak dapat apa2 untung melainkan orang bertambah jauh ngan kita.
secara teoritikalnya mmg kalau boleh kita x mahu asyik bertelagah. Tapi hakikatnya memang x dpt lari benda itu dah memang terjadi. Jadi yang dapat dibuat hanyalah mengambil jalan tengah, bersederhana dan berlapang dada. Hal-hal khilaf ni adalah satu masalah, tu yg ckp x akan selesai sampai bila2.
darah sama merah hati lain2…x gitu?
December 9th, 2008 at 8:56 amtidak smua org punya pikiran yg serupa… punya idea sendiri, bagaimana ya?? sebab itu, yang baik itu… kita terima tp yg tidak baik itu… harusnya, kita perbaiki yang mana patut di baiki… sebab sepakat membawa berkat…
December 10th, 2008 at 4:09 am