Pesanan Buat Diri
November 16th, 2008 Posted in Personal

Saudara,
Bila dibilang hari,
masih banyak yang mahu dihitung,
untuk seronok, rehat dan rileks,
bila akan tiba tengah disember,
hanya 30 hari, 1 bulan, 720 jam,
Saudara,
Imtihan bakal tiba,
hanya itu peluangnya,
terakhir dan akan tiada,
jika tidak disambar sepuasnya,
lekas kejar dan jangan berlengah,
Saudara,
2009 juga bakal tiba,
kamu tambah satu lagi dari 25,
bila berjaya? bila bersama? bila bersua?
teruskan perjuangan
- anasxz -
November 16th, 2008 at 1:26 pm
thanks melawat…fiza pon lama xsinggah.. nama ja ol, tp xtau nk sembang apa dh ngan awk.. freelance project tu skrg dh xdan nk buat sebab keja opis pon byk.. cuma right now, still waiting for result antara harapan dan cita2 sebenar.. wish me luck ya…
i like da poems… tulis sendiri ya?? santai sekali bahasanya… bila fikirkan angka 25 tu akan bertambah… huhuhu… takut, seronok, seram dan mcm2 ada…
November 17th, 2008 at 8:55 am
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
November 18th, 2008 at 3:31 am
tq fiza coz visit my blog.
poem sesaja.. nk tulis malas. nk kekal, tulis ja kat blog nieh..
pakndak,
huhu… insya ALlah khier..