Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Petugas Sukarela

Saya tahu, program yang akan dilaksanakan pada malam ini (9hb), 16 dan 23 adalah di bawah teknikal saya. Namun, kerana saya hanya ada 2 tangan, saya secara terpaksa mengambil belas kasihan rakan-rakan dari UM untuk membantu saya.

Walaupun saya tahu mereka tidak menolak pelawaan saya untuk bantu saya jayakan program itu, namun hati kecil tetap menyatakan malu untuk meminta tenaga dan masa dari mereka. Saya paksa diri saya untuk lakukan semampu mungkin untuk mengurangkan tugas mereka.

Saya tahu mereka petugas sukarela. Tiada elaun dan honorarium untuk mereka secara rasminya. Jika ada pun itu terpulang atas budi bicara bos saya.

Sememangnya bos saya menyokong untuk saya ambil mereka sebagai membantu saya. Tetapi dalam masa yang sama saya agak sukar untuk menyatakan bahawa saya mampu melakukan seorang diri dengan bantuan seorang lagi rakan yang baru saja menamatkan tugasnya di ofis saya bertugas.

Semasa bermesyuarat dengan mereka, saya menyatakan ‘bertepatan dengan jabatan tempat saya bertugas di bawah UM, maka tidak menjadi kesalahan untuk bersama membantu menjayakan program ini’. (lebih kurang)

Saya rasa mereka juga memahami, tugasan secara sukarela seperti ini boleh dilakukan walaupun tanpa janjian elaun dan saguhati, dan dalam masa yang sama kemungkinan mereka juga menyertai persatuan pelajar. Semestinya tugasan menjayakan sesuatu program itu adalah tugasan bersama dan secara sukarela.

Untuk tugasan esok, Tiada kata-kata termahal dari saya, hanya secebis kata ‘terima kasih dan jazakumullah’. Saya tidak dapat membalas budi dengan memberikan mereka elaun atau saguhati.

Saya hanya boleh mendoakan mereka. Itu sahaja.

Komen/Respon anda?