Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Plan Musim Panas

Musim panas kali ni, paling penting yang kita kena ingat adalah ada bulan Ramadhan. Akhir bulan Ogos kita sudah puasa. Sebelum tu, Rajab dan Sha’ban dah dituntut untuk kita berpuasa. Yang selalu gastrik kena cuba try test tengok puasa time Rajab dan Sha’ban ni. Bukan apa, gastrik ni jadi sebab ingat nak makan. Nafsu tu kira nak kena perut mau kenyang. Dah tu, kita punya perut tak diisi, maka mai la fikrah nak gastrik.

Maknanya, kena prepare dah dari sekarang dengan plan dan azam *retorik* untuk kita hadapi bulan yang penuh mulia ni. Kena jugak ingat-ingat balik, amalan apa yang bagi kesan kepada diri kita sehingga amalan tu jadi rutin kita tiap-tiap hari. Kalau tak ada, try-try la adjust tengok. Paling tak dak pun, ada sikit.

Namun, musim panas ni pun ramai yang plan balik cuti Mesia. Yang nak grad, sudah pack kitab dan segala mak neka barang dok ada. Yang plan balik cuti, boleh la raya dengan syoq sekali pada tahun ni. Sama gak macam tahun lepas. Raya syoq jugak.

Yang nak grad, kena tunggu sat, proses dulu muaqqatah (sijil sementara), konvo, dan asliah (ijazah). Tengah puasa selesai, boleh la balik.

Aku? macam lagu Rabbani (kerlipan cinta) kata, Aku masih menghitung diri, Kesiangan yang panjang, Ingin mengisi hati.. Adeh~!! Doa-2..

Aku plan yang tu saja lah, nak kena sihat elok sebab nak posa dan taraweh. Cuma yang selalu goalzzz masa Ramadhan ni, taraweh la. Jadi, benda tu nak kena set dah, mesti settle n complete lengkap tiap-tiap hari. Kalu dak, kureng sikit la. Ramadhan ni saja yang ada pun.

Nak plan pi jalan Alex, Aswan, Luxor, Sinai, Matruh, ka mana-mana tu, kena pikiaq 2 3 kali gak la. 1, summer, mahai. 2, orang byk, serabut. 3, pekin sikit untuk tiket *cewahh*. 4, takdak alasan.

Alhumma Ballighna Ramadhan. Ameen. *Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadhan*

2 Komen

  1. taqeyyabella :

    Banyak benda boleh buat summer ni. Jangan risau. Tapi aku nak balik Malaysia sebelum Raya. Dan ka nak siapkan sijil semua.. Adeii..

    Pastu satu lagi, bulan sepuluh ni mungkin akan ada seminar yang kita kena anjur. Kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia. Hemmm…

  2. anasxz :

    nak balik sebelum raya? balik sehari sebelum raya la.

    adeh.. ngan sapa nak raya nieh.. ops.. pikiaq nak raya dah.. hoho..

    aku nak bagi sibuk gilla cuti ni. baru macam2 keja boleh buat.

    pogram bulan 7 camna? tak wat promo lagi..

    bulan 10 sapa lagi nak ada?

Komen/Respon anda?