Baru tadi aku menyaksikan wawancara Datuk Zaid Ibrahim yang dibuat oleh Harakahdaily. Amat menarik untuk aku nyatakan pandangan dan lontaran idea dan fakta yang diberikan oleh beliau. Seorang yang berprinsip, berwawasan dan mahu melihat anak bangsa berjaya dan sejahtera membawa negara ke puncak negara jaya.
Seperti apa yang beliau sifatkan pada UMNO dan dasarnya, bagi aku ia terlalu perlu sangat kepada perubahan dan pembaharuan. Siapa sebenarnya yang mampu dan betul-betul ada kuasa dan berkuasa merubah UMNO kepada parti yang mampu bersaing dengan idea dan fakta bukannya duit dan rasuah?
Datuk Zaid Ibrahim memberikan contoh PM yang lalu Paklah dan PM kini Datuk Najib sendiri tidak mampu mengubah. Benarlah perubahan itu susah. Tetapi siapakah sebenarnya yang betul-betul berani dan mampu merubah?
Penting atau tidak politik ini, semestinya ia ada suatu kuasa dan satu-satu cara yang real untuk mengubah. Sebab itu disebut politiking. Politikus inilah yang menjadi kiraannya. JIka berprinsip dan tidak bersifat mengutuk peribadi dan hanya sekadar komentar pada dasar dan tindakan sebagai seorang politikus, aku amat sokong sekali cara begitu sebagaimana tindak tanduk Datuk Saifuddin Abdullah dalam UMNO dan kerajaan. Tingkahnya berjaga, bukan mengharapkan media untuk cover, tetapi kerja dan khidmat untuk nusa.
Kini kita tandus politikus yang menjadi politiking, yang banyak politikampu dan politikwang.
Tags: Pendapat
jangan percaya cakap ahli politik…
kenal anda siapa zaid dahulu…?
[Reply]
tak kenal pulak.
dulu dia ahli parlimen kota bharu..
sy xtahu sgt bab org politik. tp mmg segala mungkin dgn org politik ni.
setakat ni, yg baik kita sokong.
[Reply]