Sunday, 5th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Sabar dan Solat

Allah taala bagitau kat kita, Mintak tolonglah oleh kamu semua dengan sabar dan solat.

Peksa dah nak habih pun. Lagi satu madah berbaki, pastu satu hal lagi shafawi pulak. Apa benda pun 2 senjata tu saja la lepas ni nak guna time cuti ni. Kena sabar menunggu keputusan dan solat doa mintak banyak-banyak lah.

Apa benda pun, memang kena macam tu. Dua elemen tu cukup penting. Kalau takdak tak boleh hidup.

Hukum Alam kena dipatuhi, Hukum Tuhan pun kena gak diikuti.

Buat takat mana mampu. Tak leh doa 5 minit, doalah satu minit. Tak leh solat 4 rakaat, solat la 2 rakaat. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.

Baru-baru ni satu tragedi berlaku depan bilik aku. Aku sendiri yang alaminya. Jadilah kenangan hari tu dan selama-lamanya aku di Tanta ni. Moralnya, ingat Allah selalu.

Esok khamis, pi Mansurah U sebab Cairo U ‘no entry’. Obama mai. Kena berubah arah la.

Komen/Respon anda?