Thursday, 9th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Salam Pembaca

Salam. Wa….. Lama betul tak kemaskini blog ni. Sejak masuk bulan puasa, sampai lah sekarang. 2 bulan jugak tu.. kalau la rumah kat Mesir ditinggalkan 2 bulan, mesti dah berhabuk gila-gila.. mesti lah berbatuk bersin jugak dibuatnya nak mengemas balik rumah tu. Tapi blog ni tak da la susah sangat nak kemaskan balik.

Ok la. Alhamdulillah syukur nikmat, dalam jejakkan kaki ke Malaysia buat kali ke berapa tah. Cadang dari tahun lepas lagi lepas imtihan sem 2 lagi nak balik Malaysia. pastu rasa tak boleh. cadang lagi lepas sem 1 pulak. Tak boleh lagi. Tup tup kena pulak kerja full time 3 bulan. dari bulan 7 sampai 10.

Alhamdulillah, dapat rezeki sikit, bulan 7/10 aku dapat tiket balik Mesia. Cabaran sepanjang musafir tu ada jugak sikit-sikit. Dikenakan dek kawan, kena tahan dek polis gara-gara bawak thumb drive yang disangkakan peluru, nak kena paw dek org angkat beg, nak kena paw lagi dek polis imigresen sebab tak ada visa, last Alhamdulillah, tak kena bayar apa-apa. Pulak lps tu, polis di balai berlepas dapat jugak LE10 dari aku… terpaksala bagi kerana passport aku di tangannya.

Gitu lah.. susah jugak nak lepaskan diri kat airport cairo tu. tak senang keluar cam tu saja. tapi ada saja yang mudah. ikut nasib lah.

Sekarang di KL sekejab. Nk kata menyelesaikan tugas tidak lah sangat. Tapi perlu jugak ke KL sebab ada sesuatu yang perlu diselesaikan walaupun boleh ditangguh dan diselesaikan di rumah sendiri di kedah.

Dah di KL ni paham2 saja la, yang paling penting ke tau selok belok jalan la. Nak naik bas fulus plak ready banyak. Alhamdulillah dapat pinjam moto sebijik. Boleh la pi ziarah kawan-kawan. Dekat ke jauh semacam saja aku redah. Yg penting, tengok dulu google maps.

kengkawan yg xdpt den bagitau den balik mesia, den mintak maap..

Ok. catatan tu saja. Wassalam.

Komen/Respon anda?