| Subcribe via RSS

Sangkaan Baik atau Buruk

August 19th, 2008 Posted in Personal

يقول الله عزوجل : - و عسى أن تكرهوا شيئا و هو خير لكم ، و عسى أن تحبوا شيئا و هو شر لكم ، و الله يعلم و أنتم لا تعلمون

Banyak perkara yang aku rasakan aku telah membuat kesilapan. Kesilapan memberi sangkaan pada banyak perkara. Sama ada berlaku pada diri aku dan orang sekeliling. Aku rasa aku patut memperbetulkan sangkaan itu.

Kesedaran ini sudah lama. Tapi, kekadang itu masih melekat dalam diri tersemat dalam hati. Benar ia satu kelemahan pada diri aku, tapi selepas memberi satu sangkaan ada pula satu bisikan peringatan datang membisik ke telinga.

Sangkaan baik dan buruk ini satu situasi sebenarnya, yang kadang-kadang ia menjadi kayu pengukur kepada keadaan diri kita. Jika kita selalu memberi sangkaan buruk pada sesuatu keadaan ia bermakna dalam diri kita ada satu kelemahan yang patut dicari, kerana tidak semua perkara yang kita rasakan kita suka ia adalah baik untuk kita dan tidak semua perkara yang kita rasakan kita tidak suka ia adalah tidak baik untuk kita.

Terpulang kepada diri. Kalau merasa ia negatif, cuba lah mencari alasan agar positif. Itu lebih baik.

2 Responses to “Sangkaan Baik atau Buruk”

  1. ikoko Says:

    semua orang ada baik dan buruk.. kadang-kadang, kita tak mampu untuk tegur keburukan orang lain.. anggaplah ia kelemahan dia..

    pernah satu ketika, ada seseorang buat perkara yang sangat menyakitkan hati.. saya tak tahan sabar, sebab dah selalu sangat bersabar, last2 saya cakap.. “relaxlah.. bergurau je.. bukan sungguh-sungguh.. janganlah nak marah-marah”… walau mungkin takde kesan pada dia, at least, saya dah beritahu ketidakpuasan hati saya… dan dia tahu, apa yang dia buat tu, dah mengguris hati orang.

    dari satu sudut yang lain pula, dia ok. orang lain tak terfikir tentang sesuatu perkara, tapi dia bijak mengendalikan perkara tu. cuma mungkin “marah tak bertempat” tu je la kelemahan dia.. :) jadi, terima je ngan hati terbuka. bukan seumur hidup pun kita hidup dengan dia.

    kalau nak tengok contoh-contoh yang baik, sebagai seorang manusia yang selalu bersangka baik, tengok citer INTAN, PRIMA. :)

    kan dah.. ntah apa-apa bebel ni.. :D ihi.. cukuplah setakat ni..

    assalamualaikum..


  2. admin Says:

    ikoko,
    dunia akan aman kalau semua manusia ada sikap sangkaan positif.

    namun,
    segalanya ciptaan Allah taala, dia yang menciptakan pelbagai sifat kepada manusia, itu menunjukkan kehebatan Allah taala.

    sebagai manusia perlu, Allah taala sudah tentukan dalam Al-Quran ini sifat yang terpuji dan ini sifat tercela.

    Dengan pengetahuan ini kita membuat keputusan. Manusia bisa berubah dari buruk kepada baik.


Leave a Reply

  • __

    100_0205.JPG



  • RSS Taqeyyabella

  • Sampaikan..



    eXTReMe Tracker