| Subcribe via RSS

Segak bergaya

June 27th, 2008 Posted in General

Kawan,

Hari ini semua orang mahukan diri mereka segak bergaya, hensem, lawa sehingga sanggup berbelanja beribu-ribu hanya semata untuk nampak segak. Betapa ruginya manusia hari ini, melakukan amalan yang tidak memberi faedah untuk hari esoknya. Hensem bergaya dan lawa tidak langsung memberi satu kelebihan untuk dirinya dirahmati oleh Allah taala.

Kawan,

Dunia hari ini makin celaru, perkara yang karut-marut itu amat-amat menarik perhatian, sedangkan apa yang Allah suruh dan Nabi larang itu dibuatnya. Manakan tidak, sehingga diberi tajaan dan diiklankan di merata seperti aksesori untuk bergaya itu untuk meyakinkan bahawa ia amat-amat diperlukan untuk masyarakat kini.

Kawan,

Semua orang mengimpikan untuk berada dalam kesegakan dan kelawaan, namun pengiktirafan segak dan lawa itu hanyalah nilaian dari manusia dalam kezahiran, hakikat sebenarnya Tuhan hanya melihat dalam kebatinannya.

Kawan,

Andai segak dan lawa itu milik anda, jadikanlah ia sebagai pembimbing untuk bersyukur dan memuji Tuhan Rabbul jalil.

Kawan,

Selalulah berdoa apabila berada di depan cermin, Ya Allah ya Tuhan Ku seperti mana Kau telah mencantikkan ciptaan mu pada ku ini, maka cantikkan lah juga akhlak peribadi ku.

Leave a Reply