Alhamdulillah. Hosting selamat dipindahkan dengan berlaku pelbagai rintangan. Namun, dengan kecepatan dan kemahiran support team hosting baru ni, mempercepatkan lagi urusan. Terima kasih banyak-banyak kepada support team IW.
Permohonan untuk pindah sudah dibuat pada 25 Jun yang lalu. Namun, baru hari ini dapat online dan beroperasi sepenuhnya.
Antara masalah yang berlaku ialah tidak tahu macam mana nakaccess domain manager. Itu adalah pokok masalah.
Masalah lain adalah tidak explore members area yang baru. Dalam laman itu pelbagai data diberikan, contohnya login ke cpanel, dns management dan sebagainya. Kelalaian untuk mengemaskini itulah yang melambatkan proses pindah dengan selamat.
Terdelete folder public_html pun jadi satu masalah juga. Selain hosting yang lama masih beroperasi. Jadi terdapat 2 hosting dengan satu domain. Kemungkinan syarikat lama masih beri peluang untuk pindah file dari hosting lama ke hosting baru.
Itu yang memeningkan aku macam mana nak buat. Nak masuk FTP hosting baru tak boleh. Last, create ftp user baru, pastu login, tetap jugak point ke hosting lama. pastu delete balik ftp user tu. Hurm.. tersilap tekan, delete habis file dalam hosting baru. Rupanya mmg lepas login tu masuk ke hosting baru, bukan hosting lama lagi.
Hosting lama, aku dah delete semua file, database, subdomain dan ftp user. Mungkin akan dipadamkan tidak lama lagi oleh syarikat lama. Terima kasih syarikat dulu. Servis memang terbaik. Terima kasih juga syarikat baru. Servis korang pun terbaik jugak.
Insya Allah, semoga Allah taala terus beri kekuatan untuk terus menulis dan membaca (yang bermanfaat).
Selamat berblog dengan hosting baru.
