
Hari ini selesai sudah peperiksaan fasa pertama. 3 subjek aku ambik. Bagi aku tidaklah ‘killer’ sangat. Yang penting cuma rajin muzakarah saja. Insya Allah akan ingat walau keluar soalan macam mana pun.
Apa pun, hasil jawapan yang aku dah tulis untuk 3 subjek tu hanya dapat tahun pada bulan Ogos nanti. Harapnya seperti yang kita-kita selalu harapkan, najah lah. Itu saja harapannya.
Aku hanya tawakkal dengan apa yang aku dah usahakan. Nak kata stadi berbelas jam sehari tu tidak lah, tapi harapnya dengan sekelumit usaha yang aku mampu lakukan, semestinya segunung hasil yang diharapkan. Begitulah manusia. Sedikit usaha, sebanyak mungkin yang diimpikannya.
Selesai 3, tapi ada 1 lagi yang berbaki untuk aku langsaikannya pada bulan Jun nanti. Subjek yang sudah keluar kitabnya, tinggal untuk muzakarah dan stadi dengan masa yang diperuntukkan 3 bulan lebih kurang, moga dapat hadam segala apa yang lecterur bentangkan dalam kitab tu.
Letih dan malas belajar itu sememangnya selalu ada dalam fikiran aku, tapi apakan daya, ini yang telah aku corakkan untuk diri aku dan takdir-Nya kepada aku begini, tabah dan sabar itu ubat yang menjadikan aku tetap untuk teruskan perjuangan.
Moga dapat lalui dengan jayanya. Amin.
