Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Semak fasa Ramadhan

Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu..- Abu al-A’la al-Maududi

Seandainya solat taraweh ada 100 saf maka pastikanlah salah seorangnya adalah kamu. Senadainya tinggal 10 saf maka pastikan salah seorangnya adalah kamu. Senadainya hanya tinggal 1 saf maka pasti “bilal”nya adalah kamu!

Antara dua qoute tu kedua-duanya memberi makna bahawa kita perlu mengambil bahagian dan tidak melepaskan peluang. Saya ambil dari status facebook si pulan.

Hari ini sudah masuk hari ke 10 ramadhan. Kita semak balik. Rahmatkah kita di fasa pertama ni?

- Adakah kita berasa ‘rahmat’ pada 9 hari yang lepas?
- Adakah kita rasa rahmat tak dengan datangnya Ramadhan?
- Adakah dengan datangnya ramadhan kita ikhlas beribadah?
- Adakah kita hanya sekadar raikannya sahaja?
- Adakah dengan ramadhan kita sudah berubah, dari selalu bersangka buruk kepada bersangka baik?
- Adakah kita dapat tahan mulut kita dari bercakap kosong?
- Adakah kita dapat jaga mata kita dari tengok benda yang sia-sia?
- Adakah kita betul-betul beribadah semata kerana kita beriman kepada-Nya dan mengharapkan sepenuh ganjaran hanya dari-Nya.

Oh ya. Sasaran 5 perkara sebelum ini masih peringkat biasa. Belum cukup terlaksana. Moga dengan peringatan ini dapat mengingat kembali untuk terus berjuang. Yes!.

Masih berbaki 20 hari lagi. Fasa kedua bakal menjelma esok dengan tema ‘Pengampunan’.

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan. Tazkirah la pulak kali ini.. huhu~!

Komen/Respon anda?