
Aku rasa terpukul semalam dengan bicara yang aku lontarkan kepada seorang kawan yang ada jawatan besar di sini dibalas dengan diam tanpa kata. Tertanya-tanya aku adakah aku sudah terlebih sembang pasai hal orang sehingga boleh menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti dia dan juga aku sebagai seorang kenalannya.
Kesannya, aku berasa bersalah kerana selalau sangat membuka tajuk berkenaan hal orang lain dan bukan hal diri sendiri yang banyak keaiban ni. Kalau mahu menceritakan tentang orang, sedikit sebanyak pasti ada terkeluar kata-kata mengutuk, meng’kenen’, dan menjatuhkan profesionalisme orang.
Aku rasa aku tidak perlu memikirkan tentang hal orang sangat, cukup sekadar ambik tahu. Aku mesti banyak sembang tentang hal diri sendiri. Itu rasa lebih selamat dan keberangkalian untuk melakukankan dosa free tu kurang.
Nak cerita pasai orang memang tak habih. Tambah-tambah dengan perangai arab yang macam-macam peel nieh. Tension. Tengok saja arab mesti ada yang tak puas hati dan mesti nak kutuk punya. Erm, sorry terkona tajuk.
Ok. Fikir-fikirlah kengkawan, sampai bila kita nak sembang sesama kengkawan kita pasai hal orang lain, padahal diri kita pun banyak yang tak selesai keja.
Tahun 1431 ni tahun perubahan, amacam ada beran?

[...] (tempat host file lagu) - Sakinah Omar (tempat mengcopy lirik) « Macam-macam hal Sembang pasai orang [...]
July 9th, 2010 at 2:27 am