Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Sempoi, sudah lah.

Aku rasa dah tak selesa lagi guna perkataan sempoi dalam apa tugas yang aku lakukan. Rasa macam tak sempurna tugas tu dan rasa tak buat yang terbaik.

Oleh yang demikian, untuk tugas yang seterusnya aku cuba fikir dan usaha untuk buat yang lebih baik, buat sesempurna mungkin, buat bukan sekadar dalam ‘kotak’ tapi membuatkan kotak lebih besar.

Semua tu aku dapat inspirasi dari tugas persiapan untuk majlis pelancaran buku pada hari jumaat lepas. Persiapan yang aku nak buat sempoi saja, berubah kepada gempak dan ada gimik tersendiri.

Jadi untuk tugas seterusnya iaitu persiapan program bengkel hari jumaat ini dan jumaat minggu depan serta seminar pada hari berikutnya, aku memaksa untuk buat yang terbaik.

Sakit kepada dan letih badan jugak nak selesaikan tugas berganda ni, tapi sedaya upaya aku perlu cuba. Kalau tidak mencuba, bila lagi nak tau apa perasaan selepas selesai tugas itu.

Sempoi, sudah lah.

*Gambar ambil dari Facebook En. Khairi. Bergambar bersama buku selepas majlis pelancaran.

2 Komen

  1. ikoko :

    kadang-kadang, perkataan “sempoi sudah la” hanya nak menyejukkan hati kita.

    taknak kita terlampau stress dengan setiap perkara yang kita buat. :)

    just relax… mungkin satu-satu perkara tu, kita dah buat sehabis baik, dan tiada apa pun yang akan menjadikan tugasan kita 100% perfect. mesti ada slack tak banyak sikit. :)

    sempoi sudah la~

  2. anasxz :

    sempoi ni membuatkan kita berkerja dengan seronok. tapi tak dipersembahkan dengan terbaik la sebab sempoi saja… ehhe

Komen/Respon anda?